Sarimah Ibrahim tak menyangka hamil anak sulung pada usia 41 tahun

Che Puan Sarimah Ibrahim dan suami Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar bakal menimang cahaya mata pertama. Foto Instagram @sarimahibrahim

 

SELEPAS empat tahun mendirikan rumah tangga dengan kerabat Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama mereka.

Sarimah berkata, kandungan kini sudah pun mencecah usia empat bulan dan dia mendapat tahu dirinya hamil pada penghujung tahun lalu.

“Alhamdulillah… Ini adalah kejutan paling mengagumkan yang diberikan pada kami pada akhir tahun lalu.

“Sedang kami bersedia untuk pergi bercuti… Kami mendapat tahu bakal menimang cahaya mata. Ya kami bakal menimang cahaya mata!

“Kandungan saya sudah memasuki bulan keempat. Saya tidak percaya akan menjadi seorang ibu pada usia 41 tahun!,” katanya.

Kandungan Sarimah sudah memasuki usia empat bulan.

Sarimah turut memuat naik foto bersama suami dan gambar imbasan ultrabunyi bayinya di Instagram.

Dalam pada itu, Sarimah menerusi kiriman mesej kepada mStar Online, Sarimah menyifatkan kehamilannya itu sebagai rahmat daripada Allah dan hadiah daripada syurga kerana pada usianya sekarang dia tidak sangka dapat hamil secara semulajadi.

Kata Sarimah, dia tidak mempunyai sebarang rahsia untuk hamil namun sentiasa menjaga kesihatan selain tidak berputus asa serta bersabar dengan doa kepada Allah.

“Usia saya sudah masuk 41 tahun manakala suami 47… Jadi saya ingat sudah ‘terlepas’ masa… Tapi itulah kuasa Allah. Rezeki datang pada bila-bila masa hanya dengan perancanganNya.

“Jangan putus asa, sentiasa berdoa pada Allah, sabar dan berusaha. Kami memang ingat tidak dapat memiliki cahaya mata secara semula tapi Alhamdulillah dengan kuasa Allah.

“Alhamdulillah untuk keajaiban ini. Saya dan suami sangat bersyukur dan gembira. Tolong doakan yang terbaik buat kami ya dan buat putera atau puteri kami nanti,” katanya.

Sarimah dan Tunku Nadzimuddin mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015 dan berita kehamilannya itu membuatkan suaminya benar-benar teruja.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*