
Mula mengenakan hijab sejak semalam, penyanyi bersuara emas, Azharina Azhar memohon doa daripada keluarga, rakan dan peminat supaya dia kekal istiqamah dengan keputusannya.
Mengakui niat berhijab sudah lama ada dalam hati, Azharina berkata, dia masih dalam proses belajar dan mengharapkan agar netizen tidak menghukvmnya andai kata melakukan silap.
View this post on InstagramAsalamualaikum semua . ❤️ senyuman itu adalah sedekah dan kebahagian . Amiin Alhamdulilah syukor
“Saya baru belajar berhijab. Bayangkan saya baru tahu kewujudan inner neck. Paling kelakar, saya belajar melilit tudung melalui YouTube sahaja.
“Hampir tercekik dan sesak nafas saya bila melilit tudung. Tapi bila tahu ada inner neck, terus mudah sahaja. Tak perlu lilit macam-macam,” katanya.
Menjawab dakwaan berhijab kerana mahu memulakan perniagaan menjual tudung, Azharina berkata, dia tidak pernah terfikir untuk membuka perniagaan sebegitu.
“Mulut orang kita tak boleh nak tutup. Saya berhijab kerana mahukan perubahan dalam hidup. Kita mahu menuju ke arah hidup yang lebih baik.
“Saya bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang. Sebab itu, saya perlu lakukan sesuatu dan berhijab adalah permulaannya.
“Apa yang saya minta adalah doa supaya kekal istiqamah dalam berhijab,” katanya.
Sumber : MHE TV
Leave a Reply