“Sejujurnya Ini Pregnancy Yang Ke 5 ..” – Sari Yanti

Pelakon Sari Yanti mendedahkan sudah lima kali  hamil sepanjang perkahwinannya justeru sangat mudah menyedari dirinya berbadan dua.

Sari memberitahu perkara itu menerusi ruangan Instagram Stories sewaktu mengadakan sesi soal jawab bersama peminat pada Khamis lalu.

“Sejujurnya ini pregnancy yang ke 5. Jadi memang senang je nak perasan kalau pregnant.

“Pergi medical check up for baby macam biasa..Masa tu tau jantung baby berhenti,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sari juga menidakkan punca bayi  meningg4l berpunca dari segi pemakanan ataupun akibat terlampau lasak.

“Tak ada salah apa-apa atau siapa-siapa. Jantung baby berhenti tiba-tiba,” tulisnya.

Terdahulu, Sari telah membuka ruangan soalan untuk menjawab apa saja pertanyaan yang diajukan oleh peminat-peminatnya menerusi Instagram(IG) miliknya.

Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara pada 25 April tahun lalu.

Manakala pada perkahwinan sebelum ini, Sari mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Alhamdulillah syukur – Dah 2 tahun jadi ketua keluarga kita. I Love You @jepsepahtu . Happy 2nd anniversary Sayang ❤💋 . Sapa DM nak beli Tshirt boleh wassap : 01139886286

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Koleksi Viral

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Koleksi Viral

Sumber : Sumber Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*