Allahuakbar, Apabila Murid Sekolah Nampak Kalimah Allah SWT Muncul Di Langit Ketika Perhimpunan Pagi

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. 

Kejadian kelihatan kalimah Allah SWT dilangit bukan perkara yang jarang terjadi. Selalu kita akan dengar kalimah Allah SWT di langit atau di tempat lain seperti di dalam buah atau di badan binatang.

Dibawah ada video EXTRA untuk tontonan

Yang menakjubkan adalah kalimah Allah SWT itu sendiri, betapa besarnya kuasa Allah SWT dan ini terjadi munkin untuk mengingatkan kita supaya kita lebih ingat kepadaNya.

Kisah murid sekolah nampak kalimah Allah SWT di langit ini terjadi pada Ogos 2016. Kejadian ini terjadi ketika perhimpunan sekolah diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, Labis Johor.

Mari kita baca apa sebenarnya yang terjadi.

LABIS 14 Ogos – Kira-kira 100 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, di sini yang menghadiri perhimpunan pagi ini, gempar selepas mereka mendakwa melihat kepulan awan yang berbentuk kalimah Allah.

Guru Penolong Ka­nan Hal Ehwal Murid (HEM), Norazli Abdullah mendakwa, kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 7.30 pagi itu disedari seorang murid yang memaklumkannya kepada rakan-rakan lain.

“Ketika kejadian, langit cerah dan terdapat hanya awan yang membentuk seperti kalimah Allah dan kewujudannya dapat dilihat oleh semua orang yang menghadiri perhimpunan tersebut.

“Kejadian tersebut berlaku hanya kira-kira lima minit sebelum awan ber­kenaan hilang begitu sahaja. Kami amat teruja melihat kekuasaan Allah ini yang pertama kali berlaku dalam hidup saya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Norazli berkata, beliau me­nyedari kejadian tersebut apabila mendapati murid-murid tidak memberi perhatian kepada ucapan guru besar dan mendongak ke langit sambil berbisik sesama sendiri.

Beliau yang turut menyaksikan perkara itu sempat me­rakamkan gambar kalimah ber­kenaan dan berharap kejadian tersebut memberi petanda baik kepada sekolah, kampung dan negara ini.

Sementara itu, pelajar Mohamad Irfan Shah Suhaimi, 9, yang merupakan orang pertama menyedari kejadian tersebut pada mulanya mengakui tidak pasti mengenai bentuk awan berkenaan, namun selepas me­ng­amatinya dan memaklumkan kepada rakan-rakannya, mereka mendapati bentuk awan tersebut seperti kalimah Allah.

“Saya rasa amat bertuah kerana dapat lihat keajaiban dan kebesaran yang ditunjukkan Allah,” katanya.

Notakaki: Jangan lupa ucap Subhanallah ..

Video Extra: Penampakkan Kalimah Allah SWT Di Utara Gaza.

Penampakan Awan Yang Menyerupai Kalimat Ya Rabb ( يا رب ) Tampak Terlihat Jelas Tulisan Lafaz YA TUHAN KAMI (يا رب ) YA ROBB Diatas LANGIT GAZA UTARA PALESTINA, 1 Maret 2019

Posted by Islam Agama Kami on Saturday, March 2, 2019

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Koleksi Viral

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Koleksi Viral

Sumber  :  Utusan Online

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*