Jep Sepahtu jarang post foto isteri? Ini jawapan Sari Yanti

PELAKON Sari Yanti menjelaskan suaminya, Jep Sepahtu mempunyai sebab tertentu kurang memuat naik swafoto (selfie) mereka di akaun Instagram peribadi milik pelawak terkenal itu.

Sari memberitahu perkara itu di akaun Instagramnya untuk menjawab pertanyaan peminatnya pada Selasa.

Kata Sari, foto yang diambil bersama suaminya ketika berada dirumah kebiasaannya tidak memakai tudung.

“Biasanya bila selfie dekat rumah kakak tak pakai tudung,” jelasnya ringkas.

Dalam pada itu, Sari juga turut memberikan kata-kata semangat kepada peminat yang memerlukan sokongan terutama hal berkaitan dengan kehamilan.

“Bertenang saja. Kita mesti ingat… Ini bukan urusan kita. Ini urusan Allah. Orang bertanya itu biasalah, memang sesetengah orang begitu.

“Dorang memang suka bertanya tetapi tidak maksudkan apa-apa. Kita sangka yang baik saja. Chill je,” tulisnya.

Terdahulu, Sari telah membuka ruangan soalan untuk menjawab apa sahaja pertanyaan yang diajukan oleh peminat-peminatnya menerusi Insta Story.

VIDEO : Cara Jep Pujuk Sari Yanti – Inizogha

Nampak Mewah dan Classy, Geram Tengok Dekorasi Rumah JEP SEPAHTU & SARI YANTI!

Setiap orang mempunyai rumah idaman dengan dekorasi yang memenuhi citarasa masing-masing. Tidak kira lah kediaman kecil atau besar, jika pandai susun atur dan hiaskannya, mesti nampak cantik dan mewah. Pelbagai trik digunakan dalam pemilihan perabot, pemilihan warna tema, aksesori dan juga susunan untuk pastikan kediaman tampil lebih selesa.

Contohnya seperti rumah pasangan popular yang baru saja dikurniakan cahaya mata comel Jep Sepahtu dan Sari Yanti. Pandai Jep dan Sari Yanti memilih dekorasi rumah yang nampak elegan, mewah, classy dan up to date! Cuba tengok ni.

Dekorasi ruang tamu atau ruang santai yang sangat ekslusif. Perabot yang minimalis dan susunan yang sesuai membuatkan ruang ini nampak luas dan tidak nampak padat. Kerusi berwarna emerald green itu juga menonjolkan elemen mewah dan classy kepada ruang ini. Langsir yang dipasang pada kedudukan tinggi atau full height memberi ilusi ruang yang tinggi.

Ruang makan yang nampak simple tapi sedap mata memandang. Cahaya lampu memberikan peranan yang amat penting di ruang makan. Selain cermin, lampu juga membantu memberikan kesan terang dan luas. Sesuai sangat pendant lamp yang Jep dan Sari Yanti kenakan di ruang makan ini.

Tumbuhan yang terdapat di reading corner rumah pasangan ini memberi natural feel di hujung sudut rumah. Tengok saja baby girl Jep tu, sampai boleh tidur lena. Meja sisi dan hiasan yang digunakan juga nampak elegant dengan sedikit sentuhan retro. Hiasan dinding juga menambah seri untuk ruang ini.

Haa, macam mana? Cantik kan? Mana tahu dekorasi kediaman Jep Sepahtu dan Sari Yanti ni anda boleh jadikan sebagai sumber inspirasi untuk menghias kediaman anda supaya nampak lebih segar? Apa salahnya kalau tukar perabot sekali-sekala, betul tak?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Koleksi Viral

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Koleksi Viral

Sumber  : Sumber: Ig Sariyanti Via Terlajakvirals via Nona

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*