Marsha ‘Bimbang’… Menangis Kongsi Kisah Selepas Pelok Islam

PENYANYI Marsha Milan berasa sebak sehingga tidak mampu menahan air matanya daripada mengalir apabila dia berkongsi mengenai lagu terbaharunya iaitu Bimbang.

Menurut Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 34, lagu tersebut ada kaitan dengan perubahan serta perjalanan kehidupannya sebelum dan selepas dia memeluk Islam.

“Rasanya biarlah saya pendam sendiri benda ni. Tapi apa yang saya boleh kongsi, dalam banyak-banyak lagu saya, lagu Bimbang ni sangat dekat dengan saya.

“Mungkin liriknya menceritakan tentang kisah kehidupan seorang wanita bermadu. Tapi bagi pandangan saya pula berbeza sikit. Mungkin saya melihat lebih kepada kehidupan saya.

“Macam mana perubahan serta perjalanan sepanjang hidup saya sebelum dan selepas memeluk agama Islam dan sebagainya,” katanya kepada mStar Online.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ziarah Makkah with mama ❤️

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on

Marsha ditemui ketika majlis pelancaran single dan muzik video terbaharunya berjudul Bimbang di Red Box, The Gardens Mall, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Isnin.

Lagu tersebut merupakan lagu runut bunyi (OST) untuk drama popular Nur 2 hasil ciptaan Farouk Roman dan lirik oleh penyanyi Amylea Azizan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ada rupa mcm princess Jasmine dari Aladdin? 🤣 lagi satu kalau pandai cuba teka Marsha senyum nampak gigi ke tak nampak gigi? 😜 #makkah

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari hari makan nasi mandi sampai bulat muka Marsha 😜 #makkah top and bottom by : @darijiwa tudung by : @funsthefamous

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on

Dalam pada itu, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) memberitahu dia bekerja keras dan turut serta hampir sepenuhnya dalam proses menyiapkan lagu serta muzik video tersebut.

“Salah satu sebab juga saya berasa sebak apabila terkenang usaha keras dalam menyiapkan lagu serta muzik video lagu tersebut.

“Lagu ni juga sangat istimewa bagi saya sebab boleh dikatakan 95 peratus saya beri sumbangan dalam proses menghasilkan lagu serta muzik video tersebut.

“Malah proses penghasilannya sangat mencabar terutama dari segi kewangan memandangkan saya bergerak sendiri bersama pengurus sejak tahun 2008,” ujarnya.

VIDEO :

Sumber : Mstar / IG Marsha

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*