“Siti Aafiyah Anak Ibuu”- Tokti Kenakan Sherry Al-Hadad

Siapa tidak mengenali penyanyi tersohor di Malaysia Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Sebut je nama beliau semua rakyat mengenali beliau. Setelah mendapat cahaya mata pertama Siti Aafiyah beliau sering menjadi perhatian netizen dengan kecomelan anaknya. Puteri sulung beliau boleh dikatakan lebih ‘famous’ dari beliau.

Terbaru beliau memuatnaik video cara memanggil puterinya dengan nada yang lembut dan berbeza dengan cara Sherry Al-Hadad memanggil anaknya.. Gara-gara video tersebut, pelbagai komen netizen diterima.

VIDEO:

KOMEN NETIZEN :

Dengan sekitar 4,500 penonton konsert Siti Nurhaliza di S’pura lebih besar daripada di Jakarta

Biduanita Siti Nurhaliza menyampaikan rasa gembira dan bersyukur bahawa persiapan bagi konsert beliau di Singapura berjalan lancar.

Ini mentelah lagi memandangkan sekitar 90 peratus tiket bagi konsert jelajah ‘Siti Nurhaliza On Tour’ di sini sudah terjual – bermakna, sekitar 4,500 peminat bakal membanjiri dewan Singapore Expo malam esok (2 Mac).

Dalam satu wawancara eksklusif bersama BERITAmediacorp hari ini (1 Mac), Siti dilihat sentiasa tersenyum ceria, menyapa orang-orang sekeliling beliau. Ini meskipun jadualnya begitu padat sejak dari pagi bagi memenuhi sesi-sesi wawancara bersama media.

Semestinya, para peminat sudah tidak sabar untuk menyaksikan kemunculan penyanyi dengan suara bak buluh perindu itu beraksi sekali lagi di Singapura. Kali terakhir adalah pada tahun 2014 semasa beliau mengadakan konsert di The Star Theatre.

Yang pasti konsert ‘comeback’ Siti di Singapura esok lebih besar berbanding dengan di Jakarta yang ditonton sekitar 3,000 orang.

Jadi apakah yang boleh penonton Singapura jangkakan malam esok?

Siti menjawab, segalanya sudah dirancang dengan “terbaik”, dan beliau yakin para penonton akan dapat merasakan “emosi” kejutan yang bakal disajikan.

“Bagi saya, kita dah rancang yang terbaik untuk setiap segmen, jadi selebihnya adalah penonton yang membagi semula kita punya ‘vibe’,” kata Siti.

Satu kelainan bagi konsert Singapura ialah, para peminat dipelawa menyertai peraduan menyanyi lagu-lagu beliau di Instagram demi merebut peluang keemasan bertemu empat mata dengan penyanyi kesayangan mereka ini.

“Di Singapura kita beri peluang kepada 10 orang peminat yang membeli tiket, yang muat naik video menyanyi akan bertuah dipilih untuk berada di belakang pentas untuk bersama dengan saya. Ini adalah detik-detik yang jarang-jarang saya buat. Bukan jarang, tak pernah saya buat untuk memilih peminat berada di belakang pentas,” Siti memberitahu BERITAmediacorp.

Beliau menambah, sekitaran di belakang pentas itu bukan indah pandangannya tetapi pengalaman yang bakal dilalui pemenang adalah sesuatu yang berbeza.

Ditanya pula apakah kebiasaan yang mesti beliau lakukan setiap kali sebelum membuat persembahan dalam sesebuah konsert, ini jawapan beliau…

“Saya akan berdoa, berzikir, minum air, buat persediaan. Dulu belakang pentas jumpa suami minta izin dan sebagainya tapi sekarang jumpa ‘Aafiyah. Jumpa ‘Aafiyah dulu dengan ayah dia, dapat sekejap main dengan dia,” kata Siti sambil tertawa.

Mungkin inilah antara saat-saat manis yang akan dapat disaksikan sendiri oleh para pemenang bertuah yang dipilih oleh Siti Nurhaliza dan pasukannya.

Siti juga berharap, persembahannya esok bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi “kenangan sampai bila-bila” buat para peminatnya. 

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Koleksi Viral

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Koleksi Viral

 

Sumber Instagram @ctdk.austria Via VIRAL KAMI

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*