Dia tiada bakat jadi penyanyi – komen jujur Ajai terhadap bakat nyanyian Saharul Ridzwan

Muncul dengan debut berjudul Buku PutihSaharul Ridzwan atau mahu dikenali sebagai SR kini melebarkan sayap seninya dalam bidang muzik selaku penulis lirik dan penyanyi rap.

Membuat kolaborasi dengan komposer terkenal Ajai, pelakon berusia 30 tahun itu akui minatnya bergelar penyanyi wujud sejak kecil lagi.

“Bagaimanapun, saya sedar akan bakat yang ada dalam diri dan cuba fokus terhadap penulisan lirik.

“Pertemuan awal dengannya adalah untuk menunjukkan karya nukilan saya dan selebihnya adalah terpulang kepada abang Ajai.

“Tak sangka pula dia sendiri mahu saya nyanyikan lagu ini,” katanya yang masih tak percaya sudah bergelar penyanyi.

Nama SR dipilih bagi membezakan pembabitannya dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Sementara itu, Ajai ketika ditemu bual mengakui, SR bukanlah seorang yang berbakat dalam bidang nyanyian dan sukar melatihnya untuk menjadi penyanyi yang baik.

“Disebabkan itu, saya tampil dengan idea agar dia mengambil bahagian rap dan saya sendiri menyanyikan lagu ini.

“Dari situlah bermula kolaborasi duet ini menerusi lagu Buku Putih,” ujarnya yang bertindak selaku komposer dan turut menulis lirik lagu berkenaan.

Jujurnya, Ajai akui bakat penulisan lirik yang dimiliki oleh SR dan dia sendiri memilih agar Saharul membawa nama SR di arena muzik tempatan bagi membezakan pembabitannya dalam bidang lakonan dan nyanyian.

“Nama singkatan SR ini dipilih untuk memberi kelainan nama pena kepada Saharul ketika beraksi di atas pentas selaku penyanyi rap,” tambahnya. 

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Koleksi Viral

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Koleksi Viral

Sumber  : MHE TV

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*