
Pelakon, Saharul Ridzwan diantara selebriti lelaki yang tidak lagi perlu diperkenalkan, pasti ramai yang pernah melihat wajahnya di kaca televisyen menerusi drama-drama hebat.
Namun selain wataknya yang disukai ramai, Saharul di dunia realiti juga menjadi tumpuan peminat apatah lagi melihat keluarga bahagianya bersama isteri, Deena Amir dan anaknya dikenali sebagai Ali.
Dating hari ni..
Menerusi Instagram, pasangan sama cantik sama padan ini mencuri perhatian apabila ‘dating’ bersama yang dikatakan sangat ‘sweet’.
Semoga bahgia hingga jannah
Malah, netizen juga memuji penampilan isteri kepada pelakon terkenal ini yang dikatakan cantik dan sangat sopan bertutup.
Bagi netizen, Deena Amir seorang yang cukup pakej selain didoakan bahagia hingga jannah.
Sweet sangat..
Sheila Rusly Menangis Sampai Merah Muka Kerana Saharul Ridzwan… Dah Kenapa Tu?
Air mata pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly tumpah kerana pelakon Saharul Ridzwan.
Semuanya kerana tindakan Saharul yang ikhlas mendoakan kesejahteraan Sheila bersama suaminya, pengarah Azman Yahya atau Jinggo di hadapan Kaabah.
Saharul kini sedang menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah bersama isteri dan anaknya.
Menerusi laman Instagram, Jinggo berkongsi momen Sheila yang menangis terharu dengan tindakan Saharul.
Sementara itu, Sheila turut berkongsi doa yang dibacakan Saharul di hadapan Kaabah.
Saharul pernah menempa populariti menerusi drama bersiri terbitan Sheila dan Jinggo, Kau Aku Kita yang bersiaran pada tahun 2015.
Menerusi drama terbabit, Saharul bergandingan dengan aktres Janna Nick.
Dalam perkembangan lain, drama bersiri lakonan Saharul, Selafaz Cinta kini sedang hangat ditayangkan.
Selain Saharul, drama terbabit turut menampilkan lakonan Syatilla Melvin, Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Luqman Hafidz, Rizz Amin, Cha Cha Maembong dan ramai lagi.
Selafaz Cinta bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
VIDEO : Akad Nikah Saharul Ridzwan dan Deena Emir
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Koleksi Viral
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Koleksi Viral
Sumber : Saharul Ridzwan Via HCL
Leave a Reply