“Sangat Kusyuk & Baca Doa Pun Lebih 3 Minit,”- Individu Ini Kongsi Detik Solat Jemaah Dengan Remy Ishak Di Surau Pusat Beli Belah

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @nrhnafq ada berkongsi momen dirinya bersolat jemaah bersama  pelakon, Remy Ishak di sebuah surau di pusat membeli-belah.

Menurut individu tersebut, dia sendiri tidak menyangka bahawa makmumnya ketika itu adalah pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu.

“Well tadi I imamkan Remy Ishak y’alls. Seriously I tought he was just a random bangla joins me ‘bersolat’ together lol i’m sorry bro,” tulisnya.

Tambah individu tersebut, Remy dilihat amat kusyuk dan mengambil masa lebih dari tiga minit untuk menghabiskan doanya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkongsian individu tersebut.

Allahu, bagus betul Remy ni ye! Sesibuk mana pun dirinya, dia tetap mencari waktu untuk menunaikan solat.

Semoga perkongsian ini turut mengingatkan kita supaya jangan sesekali meninggalkan solat.

“Walaupun Kanda Tak Punya Apa-Apa…” – Remy Ishak Cecah 1 Juta Pengikut

Pengikut laman sosial Instagram (IG) juri Maharajalawak Mega 2018 dan pelakon, Remy Ishak kini mencecah satu juta.

Merujuk kepada posting Insta Story miliknya, Remy mengucapkan rasa terharu dan terima kasih kepada peminat yang mengikuti perkembangannya di akaun media sosialnya itu.

“Terima kasih, walaupun kanda tak punya apa-apa, masih ada yang sudi follow untuk lost bersama-sama,” tulisnya.

Remy atau nama sebenarnya Zalimei bin Ishak telah memuat naik 478 posting sejak akaun itu dibuka pada 31 Mac 2012.

Remy mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2006 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem dan drama tempatan.

Jangan lupa menyaksikan MLM 2018 bermula pada 2 November ini jam 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘on demand’.

Mira Filzah tak berasa rimas cuba ‘dijodohkan’ dengan Remy Ishak

POPULARITI drama Pujaan Hati Kanda yang menampilkan Remy Ishak dan Mira Filzah bukan sahaja menaikkan populariti kedua-duanya malah ramai yang mahu melihat percintaan mereka dalam drama itu menjadi realiti.

Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, bagaimanapun berkata, walaupun mendapat pelbagai komen sedemikian di laman sosialnya namun dia tidak berasa rimas akan keadaan itu.

Kata Mira, dia menyifatkan cakap-cakap tersebut hanya gurauan selain ia bukti gandingan mereka dalam drama itu menjadi sehingga menjadi bualan ramai.

Mira Filzah profesional dalam soal kerja.

“Saya tak berasa rimas pun apabila ada yang mahu melihat kami benar-benar bercinta walaupun kami sekadar berlakon bersama.

“Pada saya apabila orang bercakap mengenainya ia menunjukkan gandingan kami memberi impak dan ia juga satu promosi yang baik untuk drama itu,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Mira menjelaskan hubungannya dengan Remy sekadar profesional malah hanya berkomunikasi dengan aktor itu tentang urusan melibatkan kerja sahaja.

Kata Mira, dia sentiasa meletakkan batasan dalam mengasingkan aspek profesional dan peribadi agar tidak timbul cerita kurang enak ketika penggambaran.

“Untuk melihat perkara yang diperkatakan menjadi realiti tidak… Habis kerja, habislah.

Mira dilantik sebagai duta Malaysia Parachute Association (MyPA).

“Kami berkomunikasi pun tentang hal kerja sahaja dan pada saya tidak timbul isu ‘cinta lokasi’ selagi kita tahu batasan.

“Untuk saya sangat penting untuk mengasingkan perkara itu agar tidak menimbulkan sebarang masalah selain dapat melakukan kerja dengan baik,” jelasnya.

Sementara itu, Mira berkata, dia akan kembali bergandingan dengan Remy untuk episod istimewa Pujaan Hati Kanda untuk tayangan bersempena sambutan Aidilfitri.

Selain itu, Mira berkata dia turut sibuk dengan tugasnya sebagai pengacara program Nona.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Koleksi Viral

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Koleksi Viral

Sumber  : Media Hiburan

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*