
Cef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan terharu dengan kesopanan dan sifat rendah diri Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor (TPS) Tengku Norashikin.
Perkara itu dikongsi Chef Wan menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Chef Wan, TPS memberi layanan yang sangat baik terhadap ibunya ketika bertemu di sebuah majlis sambutan Deepavali malam tadi.
“Mother with HRH Tengku Permaisuri Norashikin of Selangor.
“Selepas sembah salam, saya dan emak menghadap Tengku Permaisuri.
“Emak saya cuba untuk menciium tangan Tengku Permaisuri tapi tuanku tidak mahu berbuat demikian, sebaliknya Tengku Permaisuri mengambil tangan emak lalu menciumnya dan memberi pelukan yang sangat mesra.
“Saya rasa sangat terharu dengan kesopanan dan sifat rendah diri yang dimiliki Tengku Permaisuri, semoga Allah sentiasa memberkati Tuanku,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Chef Wan memuji sikap TPS, ada juga yang menceritakan pengalaman pernah bertemu dan turut menerima layanan mesra dari permaisuri jelita itu.
Beautiful inside and outside!…
Sikap yang patut dipuji dan dijadikan contoh…
Kita pulak terharu baca…
Selepas Chef Wan, Fazura Kongsi Momen Istimewa Dengan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin
Baru-baru ini, cef selebriti popular, Chef Wan berkongsi rasa terharu apabila ibunya menerima layanan mesra dari Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor (TPS) Tengku Norashikin di sebuah majlis sambutan Deepavali.
Kini giliran aktres jelita Fazura berkongsi pengalaman bertemu permaisuri jelita itu ketika menghadiri Konsert Dekade Afgan Sabtu lalu.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
“Saya rasa sangat bertuah kerana diberi peluang bertemu dengan DYMM Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Norashikin.
“Kesopanan dan kelembutan yang dimiliki TPS membuatkan saya teringat akan kata-kata indah yang ditulis dalam kad ucapan perkahwinan yang ditulis sendiri oleh TPS kepada saya awal tahun lalu.
“TPS menyambut saya seperti seorang kenalan lama yang sudah lama tidak bertemu, TPS membuatkan semua orang sekeliling berasa selesa kerana dilayan dengan sangat mesra.
“Saya rasa sangat gembira malam tadi dan mungkin kegembiraan bertemu TPS ini berterusan untuk tahun-tahun akan datang, junjung kasih tuanku,” tulisnya.
Di konsert tersebut, seramai 2,500 orang telah memenuhi ruang Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre bagi menyaksikan persembahan unggul dari penyanyi popular dari Indonesia itu.
Selain Fazura, antara rakan artis yang turut hadir memberikan sokongan adalah Zahirah Macwilson, Zizi Kirana, Laudya Cynthia Bella, Lia Natalia, Ruhainies, Zoey, Aprena Manrose, Aishah Azman dan Afifah Nasir.
Kasih Tengku Permaisuri Norashikin
DAHULU ia hidup terbiar. Makanannya hanyalah apa yang diselongkar dalam tong sampah. Kalau nasibnya baik, adalah insan mulia yang memberikannya makanan.
Namun kini kucing itu hidup sihat hingga dinamakan Snowy kerana warna bulunya yang putih dan gebu. Tempat makannya pula umpama sebuah pavilion.
Mungkin tidak tercapai oleh akal fikiran kita untuk berbuat demikian, namun apa yang boleh dirangkumkan, begitulah tanda kasih Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman untuk memberi perlindungan kepada haiwan-haiwan terbiar.
Pavilion itu dibina khusus oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin untuk kucing-kucing liar di sekitar kawasan kediaman persendirian baginda.
Inisiatif Tengku Permaisuri Norashikin bukan setakat di situ sahaja malah diteruskan menerusi kempen oleh Persatuan Pencegahan Peng4niayaan Haiwan Selangor (SPCA) Selangor iaitu Stray Free Selangor (SFS) yang mana baginda adalah Penaung Diraja.
Menurut Pengerusi Bersama SFS, Datin Dr. Norely Abd. Rahman, kempen berkenaan bertujuan memastikan haiwan-haiwan liar seperti kucing dan anjing tidak dianiaya semata-mata mahu dikawal populasi
.
Katanya, yang dilaksanakan pihak berkuasa tempatan bagi menangani isu lambakan haiwan liar tidak berperikemanusiaan selain tidak berkesan serta menelan belanja besar, maka diperkenalkan pengasian.
“Kalau bagi makan saja, haiwan-haiwan ini lagi sihat. Jika sihat, lagi aktiflah beranak maka kitaran ini akan terus berulang tanpa kesudahan.
“Justeru, Tengku Permaisuri Norashikin menggalakkan kaedah pem4ndulan,” katanya kepada Mingguan Malaysia, kelmarin.
Sejak dilancarkan pada Mac tahun lalu, kempen SFS yang mendapat sokongan penuh kerajaan negeri berjaya mengumpulkan kutipan kira-kira RM700,000.
Dana tersebut disalurkan kepada mana-mana pemilik atau penyelamat haiwan yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan kaedah pengasian terhadap kucing atau anjing peliharaan masing-masing.
Norely yang ialah kekanda kepada Tengku Permaisuri Norashikin memberitahu, sayangnya kepada kucing memang sudah sebati dalam diri baginda sejak dari kecil lagi.
Sifat itu dibawa sehinggalah ke hari ini yang mana baginda membela lebih 10 ekor kucing yang dikutip di jalan, pasar dan restoran yang sering dikunjunginya.
Tidak hairanlah apabila berlaku kejadian dua pemuda memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi di Gombak, baru-baru ini, baginda menzahirkan rasa terkejut dan m4rah dengan perbuatan z4lim sedemikian.
Baginda yang turut sedih dengan kejadian itu menyifatkan mereka yang melakukan peng4niayaan tersebut sudah hilang sifat kemanusiaan.
Lantas baginda menulis surat kepada Ketua Pengarah Veterinar agar mengambil tindakan terhadap si pelaku perbuatan kej4m itu.
Moga usaha Tengku Permaisuri Norashikin mahu menjadikan Selangor sebagai Negeri Bebas Haiwan Jalanan menjadi kenyataan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Koleksi Viral
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Koleksi Viral
Sumber : Instagram Chef Wan via Gempak
Leave a Reply