Penduduk PPR Taman Manggis kantoi memiliki kekayaan luar biasa

GEORGETOWN – Kejadian beberapa penduduk PPR Taman Manggis, di sini yang diusir dari rumah masing-masing memasuki episod baharu apabila salah seorang ‘mangsa’ telah dikantoikan memiliki kekayaan yang luar biasa, termasuklah mampu membeli tiket penerbangan kelas perniagaan.

Khalidah Nazir Ahmad, 63, yang tingga di PPR Taman Manggis dengan hanya membayar sewa bulanan sebanyak RM124, dikatakan melancong ke Colombo, Sri Lanka pada 18 May 2014.

Gambar dirinya di dalam pesawat telah tular di Facebook.

Tiket penerbangannya juga menunjukkan Khalidah seorang yang kerap menaiki pesawat sehingga dia berhak ditawarkan naik taraf ke kelas perniagaan.

“Bagaimanpun, saya mendapat naik taraf ini kerana abang saya, yang memiliki kedai pakaian telah memindahkan mata penerbangannya kepada saya.

“Jadi apa kaitannya dengan keadaan saya sekarang. Orang ramai tidak sepatutnya menjadikan ini sebagai satu isu,” katanya.

Kira-kira 50 penduduk daripada lapan unit PPR di Jalan Zainal Abidin, di sini berhimpun bagi membantah tindakan pihak berkuasa Pulau Pinang yang mengusir mereka selepas tempoh penangguhan tamat.

Kesemua mereka diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing selepas hilang kelayakan menduduki rumah PPR termasuk melebihi kemampuan, mempunyai rumah lain dan berkahwin dengan warga asing.

Sumber: cempedakcheese / onews.space

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*