Lelaki ini mengambil masa 10 hingga 12 tahun untuk membentuk pokok menjadi perabot dan hasilnya amat mengagumkan!

Kebanyakan perabot yang dihasilkan hanya menggunakan beberapa bahagian pokok sahaja. Tetapi, menariknya, perabot yang dihasilkan oleh lelaki ini menggunakan sepenuhnya bahagian pokok!

Peter ‘Pook’ Cook yang berasal dari Australia pada mulanya hanya mempersoalkan tentang kemungkinan kerusi boleh ‘dihidupkan’ secara semula jadi. Oleh kerana ideanya yang menarik pada 20 tahun yang lalu ini, Pook telah menjalankan beberapa eksperimen untuk menanam dan menjaga ‘perabotnya’ dengan menggunakan pelbagai cara pertanian dan jenis pokok. Semua eksperimennya ini direkodkan untuk kajiannya sendiri.

Eksperimen dan pemerhatian Pook dengan pasangannya Becky Northey akhirnya membawa mereka kepada pembangunan ‘Pooktre’, iaitu sistem pembentukan pokok yang mereka dapati.

Pooktre berjaya menghasilkan lima pokok dalam masa setahun yang dibentukkan menjadi meja kopi, rangka kepala katil, alat pemegang lilin, dan juga pokok berbentuk manusia yang dipanggil ‘orang pokok hidup’.

Untuk mendapatkan bentuk unik perabot yang diminta, setiap kerusi pokok yang direka khas telah dipintal selama 7 hingga 8 tahun, tetapi bentuknya masih boleh berubah dan berkembang dengan atau tanpa tekanan yang sama. Ada antara perabot ini yang mengambil masa 10 hingga 12 tahun sebelum dapat dituai!

Selain sepenuhnya organik, kerusi yang dihasilkan juga kukuh!

Walaupun Pook tidak mengetahui bahawa ada insan lain yang turut cuba membentuk pokok hidup seperti yang dilakukannya, seorang pereka British berusia 39 tahun, Gavin Munro berkongsi minat yang sama.

Untuk memudahkan urusan, Munro juga mereka bentuk acuan plastik untuk membentuk banyak pokok dalam satu masa yang sama.

Kerusi pokok sebelum dipotong dan dituai.

Bagi Munro, dia membentuk pokok-pokok menjadi kerusi, pemegang cermin dan bekas lampu. Misalnya, bekas lampu ini kelihatan sangat menakjubkan!

“Anda tidak duduk di kerusi. Anda duduk di atas usaha seseorang yang memakan masa empat tahun,” kata Munro mengenai perabot pokoknya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : EraBaru

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*