“Berseri-Seri..”- Fasha Sandha & Aidil Aziz Sedondon Dalam Busana Perkahwinan

Peminat teruja apabila melihat pelakon Fasha Sandha dan tunangnya, Aidil Aziz sedondon putih dalam busana perkahwinan.

Foto serta video pasangan itu menggayakan busanan tersebut telah dimuat naik oleh pereka fesyen Azura Couture menerusi akaun Instagram miliknya.

Rata-rata memuji keserasian mereka malah akui terpancar keserian wajah Fasha yang kini sedang berdarah manis.

Namun, ada juga yang melihat foto itu sebagai foto perkahwinanan dan  menyangka pasangan itu sudah berkahwin.

Bagaimanapun Azura menerusi kapsyen memberitahu ia adalah foto pra perkahwinan mereka untuk disiarkan di sebuah stesen televisyen.

Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Salam Jumaat.😊 Kepada Muslimin & Muslimat😀

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*