Foto Terbaru Oksana Di Sebuah Pasaraya Di Moscow! Nampak Buncit Je… Dah Ada Isi Ke?

Sebelum ini, muncul berita di mana bekas ratu cantik Moscow, Oksana Voevodina menjangkakan dirinya sedang mengandung anak sulung selepas menjalani rawatan di klinik perancang keluarga di Jerman.

Berita ini telah dilaporkan oleh akhbar popular di Rusia, Komsomolskaya Pravda (KP) menerusi artikel dari The Sun.

Namun beberapa hari sebelum ini, kelibat Oksana di lihat  bersama seorang lelaki muda yang tidak kenali sedang membeli-belah di sebuah pasaraya di ibu kota. Seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal dalam bahasa Rusia bernama “StarHit”, beberapa foto yang diambil oleh Paparazi ambil jelas terlihat ‘Baby Bump’ Oksana.

Foto Terbaru Oksana Di Sebuah Pasaraya Di Moscow! Nampak Buncit Je… Dah Ada Isi Ke?

Menurut portal tersebut,  Oksana ketika berada di Azbuka Vkusa, iaitu sebuah pasaraya terkemuka di Moscow, Rusia.

“Berita gembira. Oksana Voevodina kini disahkan hamil selepas Sultan Muhammad V dilaporkan meletakkan jawatannya secara tiba-tiba.

Tiada sebarang alasan diberikan kenapa bekas Agong itu meletakkan jawatannya dan memendekkan tempoh penggalnya dari lima ke dua tahun”, kata laporan itu.

Foto Terbaru Oksana Di Sebuah Pasaraya Di Moscow! Nampak Buncit Je… Dah Ada Isi Ke?

Oksana yang berusia 25 tahun dilaporkan berkahwin dengan Sultan Muhammad V yang berusia 49 tahun ketika itu dalam satu majlis persandingan yang gilang gemilang pada November lepas.

Portal itu turut melaporkan, “pasangan itu menantikan kehadiran anak sulung mereka dengan sepenuh perhatian. Perkahwinan Sultan dengan bekas ratu cantik Rusia telah mendatangkan pelbagai persoalan dan itu mungkin menjadi punca kenapa Sultan Muhammad V meletakkan jawatannya sebagai Agong.

Mereka mempertikaikan apakah perkahwinan dengan ratu cantik Rusia akan memberikan kesan dan impak ke atas institusi monarki,” tulis portal itu.

Portal itu turut melaporkan kenyataan bapa Oksana, Andrey Gorbatenko, seorang doktor pakar tulang yang juga bapa mertua kepada Sultan Muhammad V.

Ketika diminta mengulas mengenai perletakkan jawatan oleh menantunya, Andrey berkata, “mereka (pasangan itu) mempunyai kehidupan sendiri dan saya juga mempunyai kehidupan sendiri.

Tapi saya boleh katakan sesuatu sebagai seorang doktor.

Pertama kali bertemu dengannya (baginda) saya merasa lega di sudut hati.

Dengan cepatnya saya berasa Oksana pasti akan bahagia dengan dia (Sultan Muhammad V), itulah deria saya sebagai ayah memberitahu.

Foto Terbaru Oksana Di Sebuah Pasaraya Di Moscow! Nampak Buncit Je… Dah Ada Isi Ke?

Dan apabila anak saya memeluk Islam, saya fikir saya perlu meneliti agama itu. Saya pergi ke kawan-kawan muslim saya. Saya ingin nyatakan disini, Islam itu agama yang menakjubkan.

Dan Oksana telah melakukan hal yang betul, seorang isteri perlu mengikuti suaminya.

Saya juga melihat Sultan Muhammad V tidak mempunyai ciri-ciri yang selalu digambarkan ke atas seorang raja (angkuh, riak, sombong, bermewahan, boros).

Dia adalah manusia yang menarik, kami bercakap inggeris di antara satu sama lain. Saya dapat merasakan dia ialah manusia yang bijak, sopan dan berpendidikan. Jadi saya benar-benar gembira untuk Oksana,” lapor portal itu lagi.

Jika berita kehamilan itu benar, maka Oksana dan Sultan Muhammad V dijangka akan menerima kehadiran anak sulung mereka pada akhir tahun ini.

Foto Terbaru Oksana Di Sebuah Pasaraya Di Moscow! Nampak Buncit Je… Dah Ada Isi Ke?

Dalam sumber lain, Oksana dikatakan menghabiskan masa banyak di pasaraya tersebut untuk memilih roti dan barang keperluan rumah. Dalam salah satu gambar yang tular itu, terlihat Oksana yang mengenakan pakaian serba hitam sentiasa memegang perutnya.

Pada November tahun lalu,  beberapa gambar menunjukkan lelaki mirip Sultan Muhammad V mengenakan persalinan baju Melayu lengkap berwarna biru berada dalam majlis perkahwinan Oksana, tersebar di media sosial.  Namun sehingga kini tiada sebarang pengesahan rasmi berhubung dakwaan Baginda melangsungkan perkahwinan di Russia.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Sumber :mstar via theklasik

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*