Oymyakon: Kampung Tersejuk Di Dunia Yang Terletak Di Russia

 

Oymyakon, Rusia telah disenarai sebagai kawasan atau lebih tepat lagi sebagai kampung paling sejuk di dunia.

Dikenali sebagai “Kutub Sejuk”, kampung di utara Rusia ini pernah mencatatkan bacaan suhu purata sebanyak -51 darjah Celsius pada Januari 2013, dan bacaan suhu terendah sepanjang zaman pada Februari 2013 dengan bacaan suhu serendah -71 darjah celsius.

Melihatkan pada bacaan suhu itu sahaja sudah cukup menjelaskan suasana dan kepayahan masyarakat di sana berdepan dengan suhu sejuk lampau tersebut.

Seekor anjing yang hidup di kawasan kampung tersebut terpaksa menghadapi cabaran kerana menjadi sebahagian kepada komuniti kampung tersebut.

Tinggal di Oymyakon, anda boleh bayangkan cabaran yang terpaksa dihadapi. Bateri kering dengan mudah dan cepat kehabisan kuasa, kereta perlu sentiasa dihidupkan pada siang hari jika tidak diletakkan di garaj yang hangat dan masalah bateri telefon pintar yang tidak dapat bertahan berdepan cuaca sejuk.

Enjin kenderaan perlu dibiarkan hidup apabila diletakkan di luar.

Dapur kayu menjadi suatu keperluan yang digunakan untuk memanaskan rumah di Oymyakon.

Keperluan prasarana moden sangat jarang terdapat di Oymyakon. Mereka masih menggunakan tandas di luar rumah.

Disebabkan musim menuai yang sangat singkat di sini, masyarakat di sini bergantung kepada makanan berasaskan daging rusa, kuda, ikan dan susu daripada haiwan ternakan.

Sayur-sayuran dan buah-buahan sangat jarang didapati. Walaupun kepayahan dalam memperoleh makanan berkhasiat tersebut, masalah kekurangan makanan berzat bukanlah satu isu di sini.

Orang tempatan meluangkan masa menangkap ikan.

Ikan merupakan sumber makanan penting kepada masyarakat di sini.

Walaupun kedengaran seperti tidak masuk akal, terdapat mereka yang bergantung kepada pekerjaan di luar untuk mencari nafkah seperti penjual ikan ini.

Haiwan ternakan penting bagi masyarakat di Oymyakon. Menjadi sumber makanan dan pakaian kepada masyarakat di sini.

Di Oymyakon banyak terdapat bangunan-bangunan yang unik. Pada asalnya rekaan ini digunakan untuk pengembala rusa, tetapi kini menjadi rumah kepada 500 orang, dengan satu kedai yang menyediakan segala keperluan kepada masyarakat dan satu stesen minyak terdekat.

Rumah penjaga kuda

Pelanggan kepada Lost Bar, yang kadang-kala disebut sebagai bar yang paling sunyi di dunia. Hal ini dibandingkan dengan keadaan bar yang sepatutnya menimbulkan suasana riuh.

Lost Bar di Oymyakon Rusia. Dikenali sebagai bar yang paling sunyi di dunia

Stesen petrol untuk mengisi minyak yang terdapat di jalan menuju Oymyakon

Rumah biasa di Oymyakon. Bangunan-bangunan di sini sering diselaputi oleh salji kerana cuaca sejuk beku.

Salji di sekeliling bumbung rumah

Pakaian berbulu merupakan satu-satunya cara untuk kekal hangat di Oymyakon dan ianya merupakan suatu keperluan, bukanlan fesyen. Kasut boot bulu rusa tradisional merupakan pakaian yang sangat popular di kawasan ini, dan ianya bernilai sehingga 300 Euro atau 1400 ringgit Malaysia.

 

Di sini dipaparkan juga beberapa gambar mengenai keunikan di Oymyakon. Lelaki tempatan kelihatan menyelam di air sejuk beku di Sungai Lena, sebagai tanda meraikan Orthodox Epiphany pada 18 Januari.

Hutan Taiga

Walaupun Oymyakon dikenali seabagai kawasan yang sangat sejuk, kawasan sekelilingnya sangat terkenal dalam kalangan pelancong ketika musim panas.

Ramai pihak yang mengadakan pendakian di kawasan tersebut untuk menikmati dan mengalami sendiri keindahan alam yang terdapat di Oymyakon ini.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Cerkosong

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*