Awi Rafael- Atikah Suhaimie tak jadi kahwin

Majlis perkahwinan di antara pasangan artis Singapura, Awi Rafael dan Atikah Suhaime yang dijadualkan berlangsung Ahad ini dibatalkan pada saat akhir.

Pengumuman mendukacitakan itu dibuat oleh Atikah menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pelakon tersebut dalam laman Instagram dan  Instastory miliknya.

Menerusi status tersebut, Atikah meluahkan bahawa mereka telah bekerja keras untuk menjadikan impian mereka sebagai suami isteri terlaksana namun barangkali tidak cukup kuat berjuang dalam cinta tersebut.

Mengucapkan terima kasih kepada  komposer dan penyanyi tersebut yang menjaga dan mengambil berat akan dirinya selama bergelar tunangan, Atikah bagaimanapun berharap hubungan antara mereka akan kekal terjalin dengan baik.

Kata Atikah, Awi merupakan lelaki terbaik yang selama ini didambakan olehnya dan turut berterima kasih kepada keluarga bekas tunangnya itu yang sentiasa ada di sisinya selama ini.

“Tak ada rezeki. Mungkin Tuhan, ada rancangan yang lebih baik untuk kami.

“Tidak mudah bagi saya menerima apa yang terjadi kerana saya sangkakan mampu membaiki segalanya dalam saat-saat akhir namun ini pula yang terjadi,”ujar Atikah.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 17 Mac lalu dan dijangka berkahwin setahun kemudian iaitu hujung minggu ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:– MHE TV

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*