
Pelakon, Wawa Zainal meluahkan rasa sayang terhadap suaminya aktor, Aeril Zafrel melalui satu coretan manis.
Menurut Wawa, dia bersyukur kerana doanya untuk memiliki seorang suami yang bertanggungjawab dimakbulkan tuhan.
Wawa meluahkan isi hatinya menerusi ruangan Insta Story di akauan Isntagram miliknya semalam.
“Jangan risau… Tak mungkin I nak tinggalkan lelaki sempurna macam you yang… Baik agama, boleh bimbing saya ke syurga. Insha-Allah, thank you Allah kau dengar doa ku.
“Dulu selalu berdoa dapat jodoh yang boleh pimpin saya. Alhamdulillah, syukur atas segalanya,” tulis Wawa.
Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Sumber: Instagram @w4w4_zainal via NoteUntukAwak
Leave a Reply