Pelancong Asing Ini Membelikan Sepasang Kasut Berjenama Kepada Budak Lelaki Berkaki Ayam Mendapat Pujian Ramai

Semakin lama dunia ini dipenuhi dengan pelbagai perkara yang menaktkan. Lambakan k3s jenyah dan peningkatan inslden-inslden yang meruntun hati membuatkan kita diselubungi perasaan takvt untuk berjalan seorang diri lagi.

Namun, baru-baru ini satu kejadian telah menular sekali gus membuktikan bahawa dunia masih lagi memiliki insan berhati nurani…

Ahyan Yerro/Facebook

Dikhabarkan seorang pelancong asing yang baik hati telah melancong ke Filipina dan menemui seorang kanak-kanak yang dalam keadaan serba daif. Atas kemurnian hatinya, lelaki ini kemudian telah membelikan sepasang kasut jenama Nike untuk dihadiahkan kepada kanak-kanak berkenaan.

Kisah yang dikongsikan di Facebook ini dilaporkan telah dimuat naik oleh seorang netizen bernama Ahyan Yerro yang dipercayai merupakan pemilik kedai kasut Nike itu. Dalam masa kurang daripada seminggu, kisah menarik itu menjadi tular dan dikongsikan lebih daripada 5,700 kali!

Ahyan Yerro/Facebook

“Lelaki warga asing ini sangat menakjubkan. Dia sanggup membelikan sepasang kasut kepada seorang kanak-kanak yang berkaki ayam. Ketika saya bertanya, dia memberitahu bahawa dia telah melihat kanak-kanak miskin itu menjual bunga dan meminta sedekah. Dia berasa kasihan kerana kanak-kanak itu tidak memakai kasut dan berpakaian selekeh.”

Tambah Ahyan lagi, “Dia telah membawa kanak-kanak itu ke pusat beli-belah dan membelikan sepasang kasut. Pekerja saya Raymond Seneca telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka. Dia mengukur saiz kaki kanak-kanak itu dan membiarkannya memilih kasut yang disukai.”

Ahyan Yerro/Facebook

Ahyan turut sempat memberikan pesanan kepada kanak-kanak itu dan memintanya untuk menyimpan kasut berkenaan sebaik mungkin. Bukan semua orang berpeluang untuk menerima rezeki seperti itu.

Ahyan Yerro/Facebook

Ahyan turut menceritakan bahawa pelancong asing itu turut memintanya menunjukkan arah kedai yang menjual pakaian kanak-kanak pada harga berpatutan.

Mara Karmela/Facebook

“Namanya adalah Kris Carroll. Saya tahu namanya daripada resit yang memaparkan nama lelaki itu. Mari kongsikan kisah ini supaya semua warga Filipina boleh mencontohi lelaki ini.”

Ahyan Yerro/Facebook

Kisah yang menakjubkan ini turut mendapat perhatian seorang netizen dikenali sebagai Mara Karmela yang menjadi saksi kepada peristiwa menakjubkan itu.

Mara Karmela/Facebook

“Saya masuk ke dalam kedai Nike dan melihat jurujual sedang bergambar dengan seorang pelancong asing. Dia kemudian pergi ke kaunter dan membayar RM528 untuk harga kasut itu. Sebagai pertukaran, kanak-kanak ini memberikan semua bunga yang dijualnya kepada lelaki itu.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Koleksi Viral

Sumber: World of Buzz , Inspire More via CerKosong

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*