14 Gambar Suntingan Photoshop Kucing Gergasi Yang Pasti Menceriakan Hari-Hari Anda

Mereka kadang kala bersikap malas, sedikit gempal dan lazimnya comel tetapi kadang kala menjengkelkan. Namun, jangan salah sangka kerana kami tidak membicarakan tentang suami ataupun teman lelaki anda ya sebaliknya kami sedang berkata tentang kucing peliharaan anda.

Walaupun kucing tidak berjaya diangkat sebagai teman baik kepada manusia, tetapi ia berjaya ‘menakluki’ hati kita semua. Ini dapat dibuktikan dengan terdapat pelbagai meme GIFs, video yang bertemakan kucing di internet. Memang lucu!

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa keinginan untuk bermanja dengan kucing agak sukar untuk ditolak dan hal ini menyebabkan, ia telah menjadi inspirasi buat kebanyakan individu yang kreatif. Dengan menggunakan aplikasi Photoshop, kucing ‘diangkat’ menjadi kucing gergasi.

Konsep dan idea asal penghasilkan gambar-gambar berikut datang daripada seorang pengguna Instagram dari Indonesia, @fransditaa yang digelar projek ‘Catzilla’ dan bahkan ia turut dimuat naik di laman Facebook Cats Pakistan. Hasilnya amat lucu dan tidak hairanlah ia menjadi bualan orang ramai.

Cuba anda lihat gambar-gambar ini:

#1. Boleh boleh pulak dia tertidur

#2. “Kami telah berjaya memberkas raksaksa gergasi yang dikatakan mengganggu lalu lintas”

#3. Bangunan tempat asah kuku

#4. Itu kereta orang, memandai mandai jer dia ni

#5. Hello, err nice to meet you hooomans

#6. Santaii, tenang di posisi

#7. Ooopss, tak sengaja

#8. Lapar sangat tu, bas pun nak dimakannya

#9. Kucing King Kong

#10. Aku pun nak join berenang sekali

#11. Inilah dia rahsia senjata pertempuran yang paling terbaik

#12. Ohh, patutlahh jem.. banyak-banyak tempat sini jugak kau tidur ya

#13. Baru tersedar dari mimpi indah yang mengasyikkan

#14. Alahai, penat pulang kerja ke

Sumber: Elite Reader, Cats/Facebook via CerKosong

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*