Wanita Ini Mencipta ‘Lookalike Doll’ Kepada Kanak-Kanak Kelainan Upaya, Reaksi Mereka Pasti Membuatkan Anda Tersenyum

Semua adiwira mempunyai kuasa tersendiri. Ada yang berkebolehan untuk terbang, ada yang mempunyai kekuatan luar biasa, boleh melompat ke sana sini dan pelbagai lagi. Namun kisah untuk hari ini, adiwira ini mempunyai kemahiran yang hebat apabila ‘menyentuh’ mesin jahitnya.

Amy Jandrisevits, telah mencipta “Patung seperti saya” khas untuk kanak-kanak kelainan upaya. Apa yang dilakukannya juga mempunyai impak kepada kanak-kanak berkenaan di seluruh dunia dan ianya merupakan sesuatu yang sangat berharga!

Amy Jandrisevits merupakan seorang pekerja sosial yang bekerja di unit pediatrik onkologi sebelum dia akhirnya mendapat idea bernas untuk terapi permainan dengan pesaklt kanak-kanak menggunakan patung.

Namun tidak lama kemudian, dia menyedari patung yang sering digunakannya kelihatan normal – sihat, cantik dan sempurna. Ia sememangnya berbeza dengan keadaan pesaklt kanak-kanak di unit kans3r.

Pada ketika itulah, dia muncul dengan idea menarik untuk menghasilkan patung-patung Ragedy Ann namun dengan ‘sentuhan’ yang sedikit berbeza. Hal ini kerana, agak sukar untuk kanak-kanak menyedari dan memahami apa yang dimiliki mereka itu adalah sesuatu yang indah. Patung-patung yang siap di pasaran pula tidak langsung mewakili mereka.

Jadi, Amy cuba memulakan pembuatan patung berkenaan yang kelihatan seperti kanak-kanak yang bermain dengannya. Dia akan meletakkan koleksi patung-patung berkenaan dengan label “Patung Seperti Saya”.

Pejam celik, sudah empat tahun usaha murni Amy itu berlangsung dan kini terdapat senarai nama penunggu bagi mendapatkan patung istimewa Amy.

Setiap patung yang dihasilkan adalah sungguh unik. Apabila ibu bapa dengar sahaja “Patung Seperti Saya”, maka akan ada permintaan yang mahukan patung berkenaan dihasilkan mengikut keistimewaan anak masing-masing dan ia sememangnya sangat istimewa!

Amy telah pun berjaya menghasilkan kira-kira 300 buah anak “Patung seperti saya” semenjak usaha ini dimulakan.

Setiap patung menelan kos sebanyak USD100 (RM413) untuk dihasilkan. Walau bagaimanapun, melihat kepada keterujaan yang terbit di muka kanak-kanak ketika menerima patung itu amatlah bernilai dan tidak dapat dibeli dengan wang.

Jika sesebuah keluarga tidak mampu untuk membayar harga patung berkenaan, Amy cuba untuk mengurangkan harganya. Bagi membantu keluarga berkenaan dengan kos, dia telah pun memulakan kempen  GoFundMe bagi membantu kos barangan dan penghantaran patung tersebut.

Nampaknya, orang ramai sangat membantu misinya kerana setakat ini, dia telah berjaya mengumpul sebanyak USD23,000 (RM95,000) di mana dia sebenarnya telah menyasarkan untuk mengumpul USD25,000 (RM103,000).

Matlamat utama Amy adalah untuk membolehkan pembuatan patung itu tidak dibayar oleh keluarga pesaklt. Patung-patungnya itu telah terbukti penting untuk kesejahteraan kanak-kanak.

Ia dilihat memberi keselesaan kepada kanak-kanak semasa berhadapan dengan detik-detik yang sukar. Selain itu, mereka tidak akan berasa berbeza kerana patung khas berkenaan kelihatan sama seperti mereka.

Dalam aspek kesihatan mental pula, terapi sebegini adalah sebahagian daripada rawatan penjagaan dan ia adalah penting. Jika anda mahu terapi bermain dan pengesahan, maka anda akan memerlukan patung ini. Amy telah bekerjasama dengan pesaklt kanak-kanak di hospital bagi membantu mereka memanfaatkan patung berkenaan.

Kesemua patung dibuat berdasarkan keadaan kanak-kanak tersebut. Ia memang dibuat berlatar belakangkan etnik, anggota badan, tanda pada tubuh serta aspek kesihatan yang berbeza. Amy juga akan mengingati minat peribadi sesetengah kanak-kanak. Dia juga akan sedaya upaya untuk membuat patung mengikut apa yang diminta oleh kanak-kanak berkenaan.

Hasilnya, dia berjaya membuat “Patung Seperti Saya” khas buat sejumlah kanak-kanak yang mempunyai kelainan upaya. GoFundMe juga sangat kagum dengan misi Amy sehingga Amy akhirnya dinobatkan sebagai “Adiwira untuk bulan Disember’.

“Saya terharu kerana dikenali dengan hasil kerja dan cinta saya. Adalah sangat bermakna jika seseorang itu percaya pada kuasa perwakilan”, kata Amy. Namun, apa yang paling penting adalah kegembiraan yang lahir daripada kanak-kanak berkenaan.

Kini, “Patung Seperti Saya” sedang bergerak ke Venezuela untuk disatukan dengan kanak-kanak lelaki ini. Patung-patung ini adalah penting buat mereka yang memilikinya, di mana ia membantu aspek penerimaan diri kanak-kanak selain membantu mereka lebih yakin dengan diri sendiri walaupun berbeza.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Happiest via Cerkosong

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*