Selepas tak jadi kahwin, rupanya ibu ada kejutan lain buat Awi Rafael

Penyanyi Awi Rafael sedang mengambil masa merehatkan diri selepas membuat keputusan membatalkan perkahwinannya dengan pelakon Atikah Suhaime minggu lalu.

Awi tidak menyangka ibunya telah merancang satu percutian buatnya supaya dapat menenangkan diri dari segala perkara yang berlaku.

“Terima kasih Ibu, hadiahkan Awi tempat rehat untuk tenangkan fikiran.

“Tak sangka Ibu dah save duit, khas untuk hadiah ini. You know i tried my best Ma.. Awi akan usaha lagi kuat untuk tetap banggakan you,” tulisnya.

Awi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, alAwi memuat naik video seperti berada di sebuah resort percutian.

Awi berkata restu ibu amat penting dan berharap dia akan membina keluarga masa depannya sendiri nanti.

“Doa dan restu Ibu nombor 1 untuk seorang anak lelaki.

“Insha-Allah kalau ada rezeki, Awi akan cuba lagi untuk membina keluarga masa depan Awi..I promise you Ma,” katanya lagi.

Awi dan Atikah sepatutnya dijadualkan mendirikan rumah tangga semalam, 17 Mac 2019.

‘Dia orang yang baik, jangan buka aibnya, kasihan dia’ – Awi Rafael

Selepas tak jadi kahwin, rupanya ibu ada kejutan lain buat Awi Rafael

PENYANYI Awi Rafael memohon orang ramai agar orang ramai berhenti daripada terus menghukum dan menyalahkan bekas tunangnya, Atikah Suhaime yang menjadi punca pembatalan majlis perkahwinan mereka.

Menurut laporan Harian Metro, Awi menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan Atikah menjadi punca majlis yang bakal berlangsung Ahad ini dibatalkan.

“Dia orang yang baik. Jangan buka aibnya. Kasihan pada dia. Anggap saja apa yang terjadi ini sudah tidak ada jodoh.

“Sepanjang setahun ini dia bekerja keras. Pada akhirnya apabila wang sudah cukup, tapi ketentuan Allah kami tidak dapat bersama.

“Dalam perkara ini yang turut membabitkan keluarga, banyak pihak kena jaga. Apa yang penting, hormat dan jangan membelakangkan orang tua. Saya fokus pada ibu, dia dengan kedua ibu bapanya,” katanya.

Awi berkata, dia percaya Atikah okey dan yakin dengan kelebihan dimiliki untuk terus berjaya dalam bidang seni.

Awi juga mengakui akan mengambil masa untuk berbaik dengan Atikah selepas apa yang terjadi.

“Apa saya buat selama ini untuk Allah. Tapi, apabila berlaku sebaliknya, saya sayu dan sedih. Saya sudah cuba tapi tidak berjaya. Namun, semangat saya tetap ada. Saya tidak akan mengalah dalam mencari cinta sejati. Mungkin aturan Allah lebih baik buat saya selepas ini.

“Saya percaya Atikah juga okey sebab saya lihat dia begitu positif dan bersemangat dengan kerja-kerjanya. Cuma, untuk mengatakan sejauh mana dia okey atau sebaliknya, itu membabitkan perasaannya sebagai wanita. Tidak semua boleh faham dengan apa saya rasa dan lalui ketika ini.

“Jika ditanya macam mana hubungan dengan Atikah selepas ini, apa boleh dikatakan perlukan tempoh untuk baik. Kalau nak tahu, sepanjang tempoh pertunangan kami susah berjumpa disebabkan kerjaya masing-masing. Apabila perkara ini terjadi, lagilah susah,” katanya.

Ditanya adakah keputusan membatalkan perkahwinan dibuat secara megejut, Awi berkata, perbincangan sudah dibuat beberapa hari lalu membabitkan pertemuan keluarga kedua belah pihak termasuk Atikah.

“Perkara besar seperti ini tidak boleh fikir satu hari. Lagipun, keputusan diambil selepas melihat perjalanan dalam tempoh setahun pertunangan kami. Cuma, baru-baru ini saja keputusan dibuat. Apa boleh dikatakan, jangan remehkan isyarat Allah.

“Sepanjang pertunangan, kami saling menghormati dengan kerjaya masing-masing. Kami lalui dengan penuh positif,” katanya.

Semalam, Awi dan Atikah mengejutkan ramai pihak apabila membuat pengumuman di Instagram masing-masing mengenai pembatalan majlis perkahwinan mereka.

Kejutan dari ibu untuk Awi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Koleksi Viral

Sumber  : AstroGempak via Gnews

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*