“Untung Kita, Kecik-Kecik Ada Puisi Khas…” – Dato Sri Siti Nurhaliza Kongsi Puisi Istimewa dari Kakak Ipar, Rozi Untuk Aafiyah

Hari ini 19 Mac 2019, genap setahun umur cahaya mata sulung Dato Seri Siti Nurhaliza bersama Dato Sri Khalid Mohamad Jiwa, Siti Aafiyah.

Memang seronok melihat gambar-gambar sambutan hari lahir Aafiyah yang pertama yang dikongsi Siti serta para jemputan di Instagram masing-masing.

Paling indah, kakak ipar Siti yang juga merupakan pengurusnya sejak sekian lama turut menukilkan sebuah puisi indah untuk Aafiyah. Puisi tersebut turut dikongsikan Siti di Instagram beliau.

“Tq mak @rozisangdewi ….untung kita kecik2 ada puisi khas,” tulis Siti di satu entri di Instagramnya.

“19 Mac 2019-Siti Aafiyah dah setahun. Selamat hari lahir Aafiyah, semoga selalu di dalam jagaan Allah,” tulis Rozi yang lebih dikenali sebagai @rozisangdewi di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tq mak @rozisangdewi ….untung kita kecik2 ada puisi khas… .. … 19 Mac 2019-Siti Aafiyah dah setahun. Selamat hari lahir Aafiyah, semoga selalu di dalam jagaan Allah.. . KURNIA 5 . Tepat hari nian singkat berlari, Tangis pertama masih didengari, Direnjis doa bertali, kehadiran disantuni, Dari arah mana, sama ikhlas mengiringi. . Senyum, hilang garis mata, Tangis, bak gelombang sukma, Keletah mengusik jiwa ayahanda, Ragam memetik kasih bonda, Manis seimbas gula cinta. . Bertatihlah, perlahan-lahan, Bertatihlah, untuk berjalan, Bertatihlah, untuk terus ke depan, Kehidupan bersilang ganti ujian, Meski bertongkat siku, bertampung lengan, Kuatlah demi menggapai impian. -Rozisangdewi. 19 Mac 2019. . #rozisangdewi #aafiyahanakibu

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

KURNIA 5

Tepat hari nian singkat berlari,

Tangis pertama masih didengari,

Direnjis doa bertali, kehadiran disantuni,

Dari arah mana, sama ikhlas mengiringi.

Senyum, hilang garis mata,

Tangis, bak gelombang sukma,

Keletah mengusik jiwa ayahanda,

Ragam memetik kasih bonda,

Manis seimbas gula cinta.

Bertatihlah, perlahan-lahan,

Bertatihlah, untuk berjalan,

Bertatihlah, untuk terus ke depan,

Kehidupan bersilang ganti ujian,

Meski bertongkat siku, bertampung lengan,

Kuatlah demi menggapai impian.

-Rozisangdewi. 19 Mac 2019.

Selamat hari lahir buat Aafiyah daripada kami. Semoga menjadi anak yang solehah.

Pasti ramai yang tertanya-tanya dan ternanti-nanti apakah hadiah yang diberikan Datuk Seri Siti Nurhaliza buat anak tunggalnya, Siti Aafiyah Khalid yang genap usia setahun hari ini.

Berkongsi perkara terbabit, kata Siti dia enggan mendidik anaknya untuk menanti-nanti hadiah atau sambutan setiap kali tiba ulangtahun kelahiran.

“Saya tak nak didik dia setiap kali hari jadi perlu ada sambutan. Bagi saya kasih sayang, didik dan jaga dia lebih penting,” katanya kepada Gempak.

Kata Siti dia bersyukur dikurniakan Aafiyah sejak setahun lalu, malah menyifatkan Aafiyah seorang bayi yang tidak banyak kerenah.

“Walaupun baru berusia setahun dan banyak perkara yang dia tidak faham tetapi Aafiyah banyak memudahkan saya, bawa pergi konsert pun tak banyak ragam.

“Sebenarnya saya pun nervous juga sebab dapat Aafiyah agak lambat.

“Kawan-kawan lain anak semua dah bersekolah. Cabaran seterusnya untuk mendidik pula,” tambah Siti.

Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas 11 tahun usia perkahwinan Siti dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Ig Rozi,Gempak via ViralKami

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*