“Ini Dugaan Allah Sebab Apa Yang Saya suka, Allah Ambil,” – Akui Dia Maha Adil, Erra Fazira Kongsi Momen Terpisah Dengan Anak

Selain berkongsi mengenai perjalanan seninya sehingga ke hari ini, Erra Fazira secara eksklusif turut bercerita mengenai fasa sukar bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya pada awal perceraiannya bersama Engku Emran, lebih tiga tahun lalu.

Menerusi program Di Balik Idola, bintang terkenal itu meluahkan cerita yang terbuku di hati.

“Alhamdulillah dengan jejaka E saya dianugerahkan Allah anugerah terindah, iaitu anakanda saya Engku Aleesya.

“Pertama kali dia berada di dalam dakapan saya, pertama kali mata bertentang mata mengalir air mataku. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kecundang,” katanya seperti yang dipetik.

Sementara itu, pelakon filem Maria Mariana ini juga turut memberitahu, perkara yang paling sedih pada ketika itu ialah apabila terpaksa berpisah seketika dengan anak tersayang.

“Paling sedih bila terpisah dengan anak. Rasanya ini dugaan Allah sebab apa yang saya suka, Allah ambil. Bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima berpisah dengan anak

“Orang tak tahu..kenapa dia ni berpisah, dia tak ambil anak. Ada kisah di sebaliknya. Tidak ada ibu yang berpisah dengan anak, berkongsi. Biarlah…orang kata kita berkorban untuk kebahagiaan anak bersama bapanya,” kongsi Erra dalam linangan air mata.

“Saya tak boleh dengar, sangat sensitif bila orang bercerai kemudian bergaduh rebutkan anak. Saya sensitif sebab saya dah lalui ketika kecil, saya dipisahkan dari bapa. Jadi bila berlaku pada saya, saya berazam tidak mahu lalukan itu pada anak saya.

“Anak saya wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya. Walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini saya sakit tidak mengapa, asalkan anak saya bahagia.

“Alhamdulillah sehingga ke hari ini, anak saya bahagia dan matang dari usianya dalam menerima keadaan ini,” katanya lagi,

Pada masa sama, Erra turut mengakui dia lebih rela untuk melihat kebahagiaan anak dengan menerima kasih sayang daripada semua pihak.

“Saya dapat bersama anak dalam seminggu tu dua hari. Sehingga ke hari ini bila terpisah dengan anak saya menangis. Ia bukan suatu yang mudah. Tetapi demi kebahagiaanmu anak, mom korbankan. Biar dia terima kasih sayang yang secukupnya.

“Saya yakin Allah itu adil. Saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya tapi baik di masa hadapan,” jelas Erra panjang lebar.

VIDEO :

Komen netizen

sumpah kak erra saya pun turut nangis tgk ni..hmm tak tahan rasa hati ni sedih..betapa kuatnya hati seorang bergelar wanita ini tempuh dugaan demi dugaan kerana Allah syg pada kita..☝️

Rasa down sangat tengok. Serius buat saya makin minat kat kakak. Lagu yang dinyanyikan semua tu haku hapal huhuhu. Hanya di mata tu serius teringat sangat zaman muda2 isk.

Dah tgk Very inspiring, basah bantal ni haa.. Strong and postive lady. Pernah terserempak erra kat kedai mamak.. Cantik real cantik kulit flawless, humble pulak tu.. Semoga Allah beri yg terbaik utk erra.

Erra Fazira Enggan Lagi Memikirkan Soal Cinta

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Erra Fazira enggan lagi memikirkan secara serius tentang perkahwinan sebaliknya dia meletakkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

Jelasnya, pada tahap sekarang dia ingin memberi fokus kepada perkara lain termasuk kerjayanya selain gembira dengan kehidupan ketika ini.

“Hendak harapkan jodoh itu datang bergolek, entah bila? Jadi saya mengambil keputusan untuk ‘go with the flow’ sahaja tentang cinta.

“Rasanya lebih baik saya fokus kepada benda lain seperti kerjaya saya. Soal ini saya tidak mahu lagi fikir, jika ada jodoh saya pasti ada jalannya,” katanya.

Bagaimanapun Erra mengakui dia pernah melalui fasa menginginkan teman namun dia bersyukur kerana dikelilingi oleh keluarga, anak dan rakan-rakan dalam hidupnya.

“Pada saya itu fitrah bagi sesiapa pun untuk mempunyai pasangan hidup tetapi soal jodoh ia bukan urusan kita.

“Saya sendiri pernah rasa inginkan teman hidup tetapi fasa itu sudah berlalu kerana saya ada fokus lain dalam hidup termasuk keluarga, anak dan rakan-rakan.

Erra ditemui pada sidang media pelancaran produk Triple White yang diadakan di Hotel Park Royal di sini, Rabu.

“Allah sudah aturkan yang terbaik untuk saya dan saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Erra berkata, dia bakal menjalani penggambaran sebuah drama bersiri arahan Aziz M. Osman selain terlibat dalam filem Polis Evo 2.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MemoriKini

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*