
Menerusi entri pelakon Datuk Aaron Aziz dalam laman sosial miliknya semalam, pelakon ini ada berkongsi memohon bantuan orang ramai bagi membantu seorang kanak-kanak yang menghidap k4nser. Namun siapa sangka maklumat yang diterima adalah palsu dan Aaron sendiri akui dirinya telah ditipu.
Berikutan kes tersebut, Aaron telah pun membuat laporan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan. Aaron turut meminta maaf kepada mereka yang telah pun memberi sejumlah wang sebagai sumbangan.

“Berhubung k3s semalam, saya pun kena tipu.
“Saya dapat maklumat tersebut dari laman Facebook Persatuan Kebajikan Kanser Bersatu Malaysia. Segala informasi nampak seperti tepat dan isteri saya juga telah menghubungi untuk kepastian.
“Biasanya saya akan lebih berhati-hati dalam hal begini. Namun mungkin saya terlalu emosi apabila melihat gambar bayi tersebut.
“Laporan telah pun dibuat dan kita akan tahu siapa yang salah,” ujar Aaron. – MHE TV
VIDEO :
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Instagram Aaron Aziz via MHETv
Leave a Reply