Sah! Rashidi Ishak-Vanidah Imran Akhirnya Mengaku Sudah Berpisah..

SELEPAS beberapa bulan mendiamkan diri mengenai status sebenar perkahwinannya dengan Vanidah Imran, pelakon Rashidi Ishak akhirnya mengakui mereka sudah bercer4i pada 9 Ogos tahun lalu.

Rashidi berkata, dia tidak mempunyai niat untuk merahsiakan mengenai perkara itu daripada pengetahuan umum namun tindakannya itu semata-mata bagi melindungi dan menghormati keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan terdekat.

“Pada 9 Ogos 2018, saya dan Vanidah telah memfailkan pembubaran perkahwinan kami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam and may peace be upon you. . On 9th August 2018, I and Vanidah had filed a dissolution of our marriage. And officially in front of Kuala Lumpur Syariah Court’s judge, we have had our legal partnership of 17 years ended by mutual respect and understanding. . My sincerest apologies for withholding this news and information. It was intentional as we were very protective of our family and friends and respecting both families’ feelings, lives and privacy. . I want to thank all of you for always showing your support to us, especially your support to Vanidah, who has beautifully grown and blossomed so much in her career and life. From the bottom of my heart, thank you. . A failed administration in any institution is only caused by a weak and incompetent leadership. And it is spurred by prolonged dissatisfaction, feeling oppressed by the leader. And a change is what they yearned for. In marriages, a crumbled partnership is solely to be blamed by it’s Imam. It may or may not be, but a great leader will always shines through good and bad. I was not, at all a good Imam. . #forgiveme #thankyou (Snapshots taken from Bebobebe)

A post shared by The Rocking Entrepreneur (@rashidi_ishak) on

Kenyataan Rashidi di Instagram miliknya.

“Dan secara rasmi di hadapan hakim di Mahk4mah Syariah Kuala Lumpur, kami menamatkan perkahwinan selama 17 tahun dengan rasa hormat dan persefahaman,” katanya menerusi Instagram.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18 dan Mariyam Rashika, 15.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mariyam Rashika dan Mikhail Imran. 

Sebelum ini, mStar Online pernah mendapatkan reaksi berhubung dakwaan mereka sudah bercerai namun aktres itu enggan memberi komen terhadap khabar angin itu.

Mengulas mengenai perceraian itu, Rashidi mengakui kelemahannya dalam memimpin rumah tangga menjadi penyebab perpisahan itu.

“Pentadbiran yang gagal dalam mana-mana institusi adalah disebabkan oleh kempimpinan yang lemah dan tidak cekap.

Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000.

“Dalam perkahwinan, kesalahan terhadap keruntuhan pasangan itu adalah terletak pada Imam. Mungkin benar atau tidak, tetapi seorang pemimpin yang hebat akan sentiasa bersinar tidak kira pada masa baik atau buruk.

“Saya tidak, apatah lagi seorang Imam yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Rashidi turut berterima kasih atas sokongan ditunjukkan kepada mereka terutamanya kepada Vanidah.

VIDEO :

 

Sumber : mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*