Pertama Kali di Dunia, Imej PM NZ di Burj Khalifa..Penghormatan Tertinggi!

 

Satu dunia masih terkesan atas kejadian yang melanda pada jumaat minggu lepas. Siapa sangka,dengan hanya satu peristiwa, ianya berjaya mengubah pandangan seluruh dunia terhadap umat islam. Mungkin inilahpermulaan bangkitnya islam di mata dunia. Sedikit demi sedikit imej positif mula diserap di mata masyaramat nonMuslim.

Terkini, di Dubai, Bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa menyiarkan imej Perdana Menteri  Bumi Kiwi, Jacinda Ardern memeluk seorang wanita yang berkabung di masjid Jacinda Ardern, Wellington. Imej ini mendapat sambutan gemvruh dikalangan Penduduk Dubai.

Daily Mail turut melaporkan pencakar langkit setinggi 829 meter itu memaparkan imej berkenaan, semalam susulan  kejadian bersejarah di bumi Kiwi.

Perkataan Salam

Perkataan ‘salam’ dalam bahasa Arab bersertakan ‘aman’ dalam Inggeris turut disiarkan pada imej berkenaan menggambarkan sudah tiba masanya imej islam ditegakkan dan diadili dengan adil.

Perdana Menteri Emiriyah Arab Bersatu, Sheik Mohammed berkongsi gambar itu di Twitter dan mengucapkan terima kasih kepada Ardern atas sokongan diberikan. Jelas umat islam menyokong tindakan beliau yang Turut sama menyumbang imej bersih orang islam.

Anda penyumbang bersihkan nama Islam

“Terima kasih perdana menteri Jacinda Ardern dan rakyat Bumi Kiwi, atas empati ikhlas dan sokongan yang mendapat pujian 1.5 bilion orang muslim selepas peristiwa bersejarah yang membuka mata 1 dunia. Inilah hikmahnya kenapa peristiwa ini terjadi…”

Imej berkenaan itu yang memperlihatkan Arden berhijab dipaparkan pada hari sama Bumi Kiwi menyiarkan laungan azan Jumaat secara langsung di televisyen dan radio.

Sememangnya pengaruh dan ucapan beliau memberikan kesan yang besar dalam mengubah tanggapan muslim di mata dunia harini. Sumbangan beliau memang wajar dihargai!

Sumber : HarianMetro  / celotehsaje.com

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*