Ampun Tuanku! Suara Patik Tak Sedap – Fasha Sandha

DENGAN sekali lafaz, pelakon sensasi Fasha Sandha selamat bergelar isteri kepada aktor Aidil Aziz pada pagi Sabtu.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis sekitar pukul 9.15 pagi.

Pada majlis itu, Aidil, 32, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Fasha manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pandai depa buat lawok kat kami atas pelamin kan? Tergelak besaq pengantin 😁 Love both of you dear sahabatku /boss @zzthetop @hishamraus

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Majlis pernikahan Fasha dan Aidil turut disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook TV3.

Ia merupakan perkahwinan kedua buat Fasha yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun pasangan itu bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Untuk rekod, Fasha dan Aidil terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu di Ampang, Selangor.

Fasha Muat Naik Video Di IG

Ampun Tuanku 🙏 suara patik tak sedap, demi menunaikan permintaan Tuanku❤️

Our first duet together , selepas sah menjadi suami isteri ❤️🙏

KOMEN NETIZEN

Suara @itsaidilazizsedap mcm penyanyi sebenarkan. Siapa sokong? Hehe semoga uolss kekal sampai akhir hayat and bahagia sampai hujung nyawa. Amiin

Fasha ni antara artis tak sombong pernah jumpa byk kali masa shopping dgn anak2 di klcc, pemurah dgn senyuman tak pernah kekwat. Sentiasa layan anaknya dgn baik manja sangat2 sebagai ibu penyayang. Sebab dia selalu senyum kita nak minta izin ambil gambar rasa segan. Jenia tak berlagak. Dia senyum & angguk pada peminat.😘👍🏾

Wow… wow… Aidil and Fasha Sandha sedap suara nyanyi… Masyaalla… bestlah nyanyi.

Power sungguh suara pakngahhh…suara makngah power gak tp kena asah dgn pakngah bg cunn😍.. Apapun uols berdua sangat enjoy berduet..dan nampak aura bahagia tu berkepol-kepol naik..💖💖💖💖💖💖

Apa kata anda? Dah Baca jangan lupa komen dan share ya.Terima Kasih

Sumber : IG Fasha Sandha

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*