
Selebriti, Elfira Loy mencuri tumpuan ramai followers yang kini sudah mencecah 4.4 juta apabila dia memuat naik dua keping foto yang dikatakan semakin cantik sejak bergelar isteri kepada jejaka pilihannya iaitu Faris Anuar.
View this post on InstagramMakeup by yours truly 🧡 #browbeachcampsea #teamelfira #clubmedbali @benefitmalaysia
Berkahwin pada awal tahun ini, ramai yang tumpang gembira melihat kehidupan pelakon terkenal ini yang semakin bahagia disisi suami.
Bagaimanapun, foto terbaru yang dimuat naik oleh Elfira di Instagram ini membuatkan dia dihujani kata-kata pujian netizen dan rakan artis apabila kelihatan berbeza apabila mengenakan makeup sedemikian.
Girll you glowingg
Cantiknya El
Cantik sangat
Alaaa syantiknyaa
Nampak Baby Bump! Netizen Terkejut Elfira Dah Berbadan Dua?
View this post on InstagramCan i stay at Club Med Bali forever , there’s so many things to do here . Especially ootd hehe , 😎
Komen Netizen :
Elfira mohon doa peminat soal hamil
Pelakon Elfira Loy berkata, dia meminta semua peminat mendoakan yang baik-baik bagi menjawab dakwaan dirinya sedang berbadan dua.
“Doakan yang baik-baik buat saya dan suami. Sejak awal perkahwinan lagi saya sering menerima doa daripada peminat yang inginkan saya dan suami segera menimang cahaya mata.
“Saya faham, peminat menantikan berita gembira andainya saya hamil. Sebab itu saya minta semua doakan hanya yang terbaik buat kami. Insya-Allah,” ujar Elfira ketika pelancaran koleksi Alhumaira Hari Raya 2019 di Hotel Royale Chulan di sini sebentar tadi.
Pada majlis itu, Elfira dilantik sebagai duta dan wajah jenama tudung berkenaan sempena Hari Raya.
Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa pelakon drama Qalesya hamil selepas peminat menyedari berlaku perubahan pada fizikalnya yang kelihatan semakin berisi.
Khabar angin itu mula bertebaran dalam kalangan peminat sewaktu Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar mengadakan majlis resepsi kelima mereka di Melaka pada 2 Mac lalu.
Dalam beberapa keping gambar yang dikongsi pelakon itu di Instagramnya, peminat mendakwa dapat melihat ‘baby bump’ Elfira pada bahagian perut.
Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris, 28, pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 2 September tahun lalu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : IG ELFIRA / HCL via KOSMO
Leave a Reply