‘Alhamdulillah…’ – Fasha Sandha Umum Berita Membuatkan Peminat Tersenyum

Kurang seminggu bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz, Fasha Sandha telah pun mengumumkan berita gembira apabila dia secara rasmi merupakan wajah wakilan terkini bagi produk Inner Shine.

Inilah rezeki bila berkahwin

Mengenakan persalian gaun ungu cair senteng, Fasha turut memberitahu meski inainya masih merah di jari, perlantikan tersebut disifatkan sebagai rezeki kahwin dan anak-anak.

“Bismillahirahmanirahim, Inai merah masih dijari. Rezeki kahwin dan anak2, hari ini saya di Kuala Lumpur untuk PC perlantikan saya sebagai Duta Inner Shine terbaru untuk tahun 2019.

Terharu

“Terima kasih Miss Lam Hui Min daripada Brands Suntory kerana memilih saya sebagai Duta terbaru Inner Shine. Terima kasih juga buat Semua yang hadir hari ini terutamanya Suami tersayang , Media dan para peminat ,”tulisya ringkas.

Foto: Instagram Fasha Sandha

Fasha, Aidil mahu cepat dapat anak

“ALLAH sudah tetapkan jodoh kami dan saya mengharapkan hubungan ini kekal hingga akhir hayat,” kata pelakon Fasha Sandha yang sah bergelar isteri kepada aktor Aidil Aziz dengan sekali lafaz.

Fasha ketika dihubungi berkata, dia bersyukur majlis akad nikah berjalan dengan lancar dan disempurnakan dengan baik.

“Alhamdulillah, majlis akad nikah selesai dengan sekali lafaz.

Doakan kami

“ Doakan kami bahagia dan cepat timang anak,” katanya.

Sementara itu, Aidil pula manzahirkan rasa syukur Fasha kini bergelar suri hidupnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : celotehsaje

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*