“Dah ucap tahniah kepada Amyra Rosli, tapi tak sangka saya pula yang menang” – Janna Nick

PELAKON Janna Nick mengakui tidak menyangka berjaya mempertahankan kemenangannya bagi kategori Aktres Pilihan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019).

Ujar Janna, dia terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada pelakon Amyra Rosli ketika nama-nama finalis diumumkan pada majlis berkenaan.

Janna Berjaya merangkul trofi Aktres Pilihan buat kali ketiga

“Sejujurnya Amyra merupakan saingan terdekat dalam kategori Aktres Pilihan, malah saya sudahpun mengucapkan tahniah kepada dia semasa nama pencalonan diumumkan.

“Tapi terkejut sangat apabila nama saya pula diumumkan. Saya sedar peluang untuk menang sememangnya amat tipis, mana tidaknya boleh dikatakan drama tersebut memenangi hampir keseluruhan kategori utama DFKL2109.

“Saya juga akui meminati drama ini kerana ia cukup sempurna dalam segala aspek,” kata Janna kepada mStar Online.

Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga penyanyi lagu Akan Bercinta ini dianugerahkan trofi Aktres Pilihan DFKL.

Janna ditemui ketika majlis sidang media selepas menerima trofi Aktres Pilihan menerusi drama Semerah Cinta Humairah.

Dalam perkembangan lain, Janna meluahkan rasa kesal tidak dapat menerima tawaran berlakon dalam sebuah filem aksi yang sedang menjalani pengambaran.

Janna akui kecewa tidak dapat menerima tawaran  membintangi sebuah filem aksi.

“Saya sudah ditawarkan untuk berlakon sebuah filem aksi, namun terkilan kerana tidak dapat menerima tawaran tersebut kerana ada komitmen lain.

“Memang saya sangat berhasrat untuk mula berlakon dalam filem besar tambahan lagi membawakan watak aksi. Saya tidak kisah untuk memberikan komitmen dua hingga tiga bulan untuk menjayakan sesuatu karya jika tidak bertindih dengan mana-mana jadual kerja lain,” tambah Jannah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mStar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*