“Tiada Gadis Sanggup Kekal Dalam Perhubungan Selama 5 Tahun” – Kisah Silam Dengan Sarah Hilderbrand, Nabil Mahir Minta Netizen ‘Move On’

Pengacara Nabil Mahir telah memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.

Foto tersebut menunjukkan Nabil bersama ahli keluarga penyampai radio Hani Fadzil beserta beberapa rakan selebriti iaitu Elfira Loy dan suami Faris Khairol Anuar dan Ayda Jebat.

“Satu ni dari kenal, angau nak kat El. Dapat terus kahwin brader ni. El pun da nak deliver soon. Alhamdullilah and all the best!

“Satu lagi dari time belajar sama-sama, he’s always hard on himself supaya dia boleh improve and prove he’s worthy. Now dah ada TV show sendiri tiap pagi.

“Satu ni, instantly jadi my best friend from class OnAir and her family is like an extended family to me. Beautiful people with big hearts.

“And satu lagi tu, aduh aduh kuat temberang ni kita cerita nantilah. This was an overdue get together. Finally dapat jugak this gathering! 

“Thanks Hani and family for organizing this!” tulisnya sebagai kapsyen.

Walaubagaimanapun, di ruangan komen terdapat seorang netizen mempertikaikan tindakan Nabil memutuskan hubungan dengan aktres Sarah Hilderbrand.

Nabil tidak berdiam diri malah terus membalas komen netizen tersebut.

“No girls are willing to stay in a relationship for five years, unless she’s truly loves you,” tulis netizen tersebut.

“No guy willing to stay in a relationship for five years, unless he’s truly love her. It works both ways. Everyone moved on, you should too,” balas Nabil.

Tidak cukup dengan itu, ada segelintir pengikut yang menyuarakan pendapat dengan mengaitkan nama aktor Redza Rosli.

“Don’t know why, prefer @redzarosli. Sorry komen jujur,” tulisnya.

“Don’t know why, but I don’t care. Sorry komen jujur juga,” respon Nabil. 

Pada Februari lalu, Nabil dan Sarah membuat pengumuman putus cinta selepas lima tahun bersama.

Lebih sensasi apabila Nabil mendedahkan dia telah membelikan sebentuk cincin untuk melamar Sarah namun tidak kesampaian apabila cinta mereka berakhir di tengah jalan.

Kini, Nabil kelihatan sedang berkawan rapat dengan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat apabila sering kongsi foto bersama.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*