“Kalau Suruh Naik Atas Penimbang, Saya Akan Tutup Mata” – Dynas Mokhtar

Pelakon Dynas Mokhtar akui tidak suka menimbang berat badannya.

Menurut Dynas, menimbang berat badan tidak mampu membangkitkan motivasi dalam dirinya untuk terus menjaga kesihatan dan mengekalkan kelangsingan seperti kebanyakan wanita lain.

“Jujur saya katakan, saya tak suka timbang berat badan, ia akan buat saya rasa str3ss.

“Sesetengah orang berpendapat menimbang berat badan dapat memberi motivasi untuk jaga kesihatan dan kekal langsing, namun bagi saya tidak, kalau ada yang paksa saya naik atas penimbang pun saya akan tutup mata!” selorohnya.

Dynas berkata demikian ketika ditemu bual selepas majis pelancaran filem Rise To Power bertempat di Concubine KL, Kuala Lumpur malam Rabu lalu.

 

Tambah Dynas, dia lebih selesa untuk mengetahui saiz badannya dengan memakai pakaian yang telah lama dibeli.

 

“Saya lebih selesa untuk memakai pakaian yang sudah lama dibeli, misalnya seluar lama, kalau masih muat tu boleh dikatakan saya masih mengekekalkan berat badan yang sama,” tambahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Are you ready ? 19.09.2019 lock your dates . #risetopower #iflix #iflixoriginals #klgu #madamwong #dynasatwork

A post shared by dynas (@dynasmokhtar) on

Selain Dynas, Rise To Power turut dibintangi oleh Azhan Rani, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Beto Kusyairi dan ramai lagi.

Filem ini boleh ditonton di iflix bermula semalam, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber  : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*