Ketepikan diri sebentar, lelaki bermotosikal ini sanggup berhenti di tepi jalan untuk menyelamatkan anak kucing

Manusia sebenarnya diciptakan lengkap dengan perasaan kasih sayang bukan sahaja buat manusia, bahkan melangkaui kepada semua makhluk terutamanya kepada haiwan. Hal ini kerana, haiwan merupakan makhluk yang tidak berdaya dan tidak mempunyai kebolehan berfikir seperti manusia.

Oleh yang demikian, sebagai manusia yang bertanggungjawab, kita perlulah bantu membantu sesama makhluk, apatah lagi jika terdapat haiwan yang berada dalam keadaan yang memerlukan. Satu rakaman video oleh akaun LRY Production di Facebook telah disertakan untuk dikongsikan bersama.

Di dalam video berkenaan, kita dapat lihat seorang penunggang motosikal sedang menyelusuri sebuah jalan terpencil yang tidak dapat dipastikan lokasinya. Sedang dia menunggang motosikalnya, dia ternampak seekor anak kucing berada di tengah-tengah jalan.

Berasa terpanggil untuk membantu, dia kemudiannya telah memberhentikan motosikalnya di bahu jalan lalu berlari bersama seorang lagi pemandu kereta yang turut memberhentikan keretanya di tepi jalan, menghampiri anak kucing tersebut.

Sedang mereka berdua berlari, mereka sempat mengangkat tangan bagi memberi am@ran kepada para pemandu kereta yang turut melalui jalan berkenaan agar berhati-hati memandu dan tidak meIanggar anak kucing tersebut.

Setibanya di tengah jalan, kelihatan seekor anak kucing bewarna jingga sedang duduk diam tidak bergerak, mungkin kerana ketakutan. Lelaki berkenaan kemudiannya mengangkat anak kucing comel itu lalu membawanya ke tepi jalan.

Kucing berkenaan di dalam video yang berdurasi 42 saat terbabit kelihatan terpinga-pinga setelah diangkat dan dialihkan daripada tengah jalan. Mungkin anak kucing itu bersyukur nyawanya diselamatkan oleh insan tersebut.

Mungkin ada yang berasa bahawa tindakan lelaki ini tidaklah sebesar mana namun harus diingatkan bahawa tindakan kecil sebeginilah menjadi titik tolak kepada satu tindakan yang mungkin boleh memberi manfaat kepada semua pihak. Jadi, contohilah lelaki ini ya!

Nous sauvons un chaton sur l'autoroute !

Bonjour, jeudi soir, avec l'aide de ce monsieur, nous avons sauvé un chaton qui se trouvait sur la montée de la R5 au niveau de Cuesme vers Mons. J'aimerais retrouver ce monsieur pour avoir des nouvelles du chaton. Donc si vous le reconnaissez, merci de me contacter en privé.Bonne journéeLa vidéo complète ici : https://www.youtube.com/watch?v=IktOSAlL5soDes nouvelles du chaton : https://www.youtube.com/watch?v=JNSYJE3fflY

Posted by LRY Production on Saturday, August 31, 2019

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber  : EraBaru

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*