
“Hotel? Trivago” antara trademark iklan aplikasi perbandingan harga bilik hotel yang sering muncul di kaca TV. Dahlia Shazwan pemilik suara yang juga duta bagi plaform ini diam tak diam sudah empat tahun bersama jenama ini.
Suaranya melalui iklan Trivago yang disiarkan di televisyen cukup terkesan kepada orang ramai bukan sahaja orang dewasa malah sering mendapat perhatian anak-anak kecil yang ‘terkaku’ melihat ‘akak Trivago’ menerangkan aplikasi ini.
Menerusi ruangan Instagram Dahlia Shazwan, akak Trivago ini umumkan dia tidak lagi akan menjadi duta Trivago selepas ini.
Menurutnya iklan terakhirnya adalah yang dirakamkan di pasar malam dan akan mula ditayangkan tidak lama lagi. Tambahnnya lagi dia turut berharap orang ramai akan mendoakan kejayaannya kelak dan kembali dengan kerja yang lebih hebat.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dengan pengumuman ini.
“Sebab sis laa saya download apps trivago…”
“xde siapa blh ganti u miss trivago. Iklan skrg pn i ttp terbayangkan wajah u..kuat sungguh u punya impak..”
“Iklan yg buat ank sy stop bermain or menyusu dan bertengek dpn tv.”
Sumber: Dahlia Shazwan via HCL
Leave a Reply