“Kesabaran, Tak Tidur Malam” – Julia Ziegler Kongsi Pengalaman Bergelar Ibu

Pelakon jelita berdrah kacukan, Julia Ziegler berkongsi pengalaman bergelar ibu kepada seorang cahaya mata comel, Ivana Johan.

Menerusi temu bual dengan program hiburan HLive, Julia mendedahkan kehadiran Ivana membuatkan dia belajar banyak perkara mengenai kehidupan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Angel of mine #ivanajohan 👚 @ariweddingcouture

A post shared by Julia Ziegler (@zieglerjulia) on

“Kehadiran Ivana mengajar saya pelbagai perkara. Kesabaran, tak tidur malam… Saya buat banyak benda untuk anak kesayangan saya. Tiada masa untuk diri sendiri. Tapi, kehadiran Ivana melengkapkan saya.

“Kerja pun saya terpaksa hentikan sekejap, bukan berhenti selama-lamanya… Ivana tidak suka dengan susu formula dan sukar untuk saya tinggalkan anak dengan orang lain kerana dia terlalu rapat dengan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Julia juga meluahkan rasa kagum dan hormat terhadap semua wanita yang bergelar ibu.

“Saya tak percaya bagaimana ibu-ibu di luar sana ada lima, enam atau sebelas anak kerana ia tidak mudah. Proses menjadi ibu banyak mengajar saya mengenai kehidupan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Julia sah bergelar isteri kepada jurutera mekanikal yang dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.

Selepas dua tahun menanti, mereka dikurniakan dengan kehadiran Ivana yang lahir pada 14 Januari lalu.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*