“Ada Kalanya Makanan Peniaga Tepi Jalan Jauh Lebih Sedap Daripada Restoran”- Fazley Yaakob

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia seorang yang gemar membeli makanan dari penjaja di tepi jalan.

Fazley berkata, dia menyokong peniaga persendirian sebegitu dan mengakui makanan yang dijual kadang-kadang lebih enak daripada restoran-restoran besar.

“Saya paling suka bila dapat singgah di gerai-gerai peniaga di tepi jalan setiap kali saya travel.

“Walaupun ada segelintir pihak sering nyatakan jangan beli makanan di tepi jalan kerana biasanya ia kurang bersih. Tetapi saya tetap menghormati peniaga-peniaga gigih ini.

“Banyak dah saya cuba di mana ada kalanya makanan mereka jauh lebih sedap daripada restoran-restoran hebat,” tulisnya.

Penyanyi lagu Asmara Ini itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik video ketika sedang membeli donat dari penjaja di tepi jalan di Pulau Pinang.

Tambah Fazley lagi, dengan cara itu menunjukkan dia dapat menyuntik semangat usahawan kecil untuk maju dalam perniagaan mereka.

“Tak salah kalau kita menyokong dan menyuntik semangat buat usahawan dari komuniti kita ini.

“Jangan mudah memandang rendah terhadap sesiapa pun. Sama ada mereka meniaga nasi lemak di bawah pokok ataupun goreng pisang di tepi sungai,” katanya lagi.

Difahamkan pemilik restoran Suka Sucre itu bakal menjelajah beberapa gerai-gerai kecil di Johor pada Jumaat dan Sabtu ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saya paling suka bila dapat singgah di gerai-gerai peniaga di tepi jalan setiap kali saya travel. Walaupun ada segelintir pihak sering nyatakan jangan beli makanan di tepi jalan kerana biasanya ia kurang bersih. Tetapi saya tetap menghormati peniaga-peniaga gigih ini. Banyak dah saya cuba di mana ada kalanya makanan mereka jauh lebih sedap daripada restoran-restoran hebat. Tak salah kan kalau kita menyokong dan menyuntik semangat buat usahawan dari komuniti kita ini. Jangan mudah memandang rendah terhadap sesiapa pun. Sama ada mereka meniaga nasi lemak di bawah pokok ataupun goreng pisang di tepi sungai. #kitapowerrr . Boleh cadangkan kepada saya di mana gerai-gerai yang enak? Saya akan ke Johor (Kota Tinggi, Segamat) pula pada hari Jumaat dan Sabtu ini.

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*