“Macam Mak Jemah, Tiba-Tiba Nampak Ayu” – Respon Lucu Peminat Bila Johan Buat Rebonding

Pelawak dan penyampai radio ERA, Johan mendapat perhatian peminat selepas membuat rawatan meluruskan rambut (rebonding).

Imej rambut baru Johan itu didedahkan oleh isterinya, Ozlynn menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.

“Nak kata M. Nasir pun bukan nak kata @mohammadnohbinsalleh pun bukan, tah siapa tah la pulak dia ni.

“Duduk sibuk mengikut aku balik. Tak! Bukan hantu kak Limah… Tu serabai sangat, ni comel sangat ni rasa macam nak kiss-kiss sambil pijak.

“Geram je tengok gambar-gambar 2nd last tuh, bukan @sheilarusly_jspictures kan? Bukan kan? Budak yang gambar last pon tak boleh terima bhai @thejozheart @thejozheartsg ni abang siapa ni weh?” tulisnya.

 

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memberikan reaksi lucu termasuklah rakan-rakan selebriti.

“Ni dah kenapa pula Johan,” komen @tomokofficial

“Hahahahahhaha cantiknya ciptaan Tuhan,” tulis @radin_era

“Tak carut mummy tak boleh ke Jojo! Abah cakap Sabtu lepas subuh kita balik kampung! @jozlynnhanania,” usik @sheilarusly_jspictures

“Kalau lihat dari belakang macam mak Jemah,” gurau @azmi.amy.charlie_10

Terdahulu, Johan sememangnya dikenali sebagai seorang selebriti yang sangat ramah selain terkenal dengan imej berambut kerinting.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*