“Sekarang Berada Dalam NICU”- Ini Permintaan Suami Setelah Abby Selamat Melahirkan Anak Mereka.

Pelakon Abby Abadi selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 10.43 pagi tadi di H0spital Sungai Buloh, Selangor.

Berita itu disahkan sendiri oleh suaminya, Faizal Zakaria menerusi akaun Instagram.

Menurut Faizal, Abby kini dalam keadaan stabil, namun bayinya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

“Alhamdullilah Allah permudahkan segala-galanya. Selamat dilahirkan pada 10.43 pagi… Baby boy.

“My Love @abby_abadi112 dalam keadaan stabil… BP (tekanan drah tinggi) pun dah turun.

“Doakan yang terbaik untuk baby… Sekarang berada dalam NICU.

“Mohon doa sahabat-sahabat semua untuk Abby & baby ya…” tulisnya di dalam kaspyen.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik swafoto bersama Abby.

Abby melahirkan bayinya itu ketika usia kandungannya berusia enam bulan.

Dia terpaksa melahirkan bayinya dalam proses pmbdahan selepas mengalami ‘turun arah’ kerana bacaaan drah tinggi yang meningkat.

Pada tahun 2017, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*