Amyra Rosli Tepis Tangan Peminat! Akhirnya Dia Tampil Buat Penjelasan Tentangnya.

PELAKON, Amyra Rosli, 28, mengakui sedikit ‘agreslf’ dalam memastikan anaknya, Aqeef Anaqi berada dalam keadaan baik dan sihat.

Dia juga memohon maaf sekiranya tindakannya yang terlalu menjaga anaknya itu membuatkan beberapa pihak terasa hati.

INI SEBAB KENAPA AMYRA ROSLI TERPAKSA TEPIS TANGAN PEMINAT APABILA MEREKA CUBA SENTUH

“Saya memang sangat ‘protective’ apabila membabitkan anak saya. Baru-baru ini, ada peminat yang nak menyentuh anak saya, tapi saya secara tak sengaja tertepis tangannya dan nampak seperti kasar.

“Saya minta maaf sekiranya tindak balas saya itu akan membuatkan ada pihak yang terasa hati atau menganggap saya berlaku kasar,” katanya.

Tambah bintang drama bersiri Nur itu lagi, dia melakukan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada anaknya.

“Baru-baru ini, Aqeef juga baru pulih daripada penyaklt InfIuenza A dan masih berislko. Kerana itulah saya seboleh-bolehnya cuba mengelakkan dia dari disentuh,” katanya.

Suaminya, pelakon, Amar Baharin terkejut dengan tindakan isterinya itu.

“Saya sendiri pun terkejut bila dia bertindak sedemikian. Sekali tengok, dah macam karakter Kung Fu Panda. Tapi, saya faham itu adalah tindakan refleks seorang ibu yang nak menjaga anaknya,” katanya.

Amyra Rosli memberitahu dia ada terfikir untuk hamil anak kedua memandangkan anak lelakinya Aqeef Anaqi sudah pun berusia setahun lebih.

Bagaimanapun kata Amyra, jadualnya yang padat sepanjang tahun termasuk memasuki set penggambaran drama bersiri Nur 2 pada Januari selama dua bulan membuatkan dia berfikir kembali perancangannya itu.

“Kalau ikutkan memang nak malah tak sabar rasanya nak tambah baby tapi nampaknya bukan sekarang.

“Selain jadual saya yang padat rasanya buat masa ini saya dan suami ingin memberi fokus kepada Anaqi terlebih dahulu… Dia pun tengah lasak sekarang,” katanya.

Pasangan bahagia… Amyra dan Amar. 

Pelakon Amyra Rosli mendedahkan pertama kali dia menitiskan air mata selepas bergelar ibu ketika berjauhan dengan anak sulungnya, Aqeef Anaqi selama empat hari.

Kata Amyra, tempoh itu merupakan pengalaman kali pertama terpaksa berjauhan dengan anaknya dalam tempoh paling lama.

“Baru saya faham perasaan seorang ibu yang anaknya tiada depan mata. Selama ini, kalau tinggal pun cuma beberapa jam.

“Tapi apabila terpaksa berjauhan selama empat hari, hati saya tidak tenteram. Memang menangislah jawabnya!

“Pada mulanya saya ingatkan anak saya akan ikut sekali untuk ke Bangkok (Thailand), namun rupa-rupanya Amar sudah tempah tiket untuk kami berdua sahaja,” katanya.

“Ibu saya sendiri yang menawarkan diri untuk menjaga anak saya, malah adakalanya Aqeef lebih rapat dengan ibu saya berbanding saya.

“Sejujurnya saya kurang percayakan orang luar untuk menjaga anak saya, jadi lebih baik saya sendiri yang jaga,” tambahnya.

Amyra dan Amar telah mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung Aqeef Anaqi pada Disember 2017. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber : Mstar via LP

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*