“Ambil Wuduk Siap-Siap, Baru Makeup. Lepastu Tahan”- Siti Nordiana

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mengakui banyak dugaan di sekelilingnya tatkala bergelar selebriti berhijab yang sudah kukuh namanya dalam industri hiburan.

Menerusi Youtube Official Ria X dalam slot Chit-Chat with Michael Ang, Nana ada berkongsi antara dvgaan yang menimpanya sepanjang bergelar anak seni.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Morning! Salam jumaat 🧡 semoga hari ini lebih baik dari semalam 😘#sitinordiana #satukanrasa

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

“G0daaan yang datang pada saya bukan kecil, bila dah jadi seorang selebriti berhijab ni, orang selalu pandang.

“Dvgaan bila berlakon, kena jaga batas antara lelaki dan perempuan, apabila masuk waktu (solat), kena ambil wuduk dulu siap-siap, baru makeup, lepas itu, tahan supaya tak minum air utk masuk waktu (solat) seterusnya,” kongsi Nana yang memulakan hijab pada tahun 2011. 

Bagaimanapun, Nana akui bahawa dia juga menerima dvgaan dalam fesyen dalam kalangan rakan artis.

“Kadang-kadang, bila tengok orang lain pakai baju tu saya puji cantik baju dia, tapi saya tak boleh pakai macam tu sebab saya ni seorang yang berhijab,” jujur Nana yang popular dengan drama bersiri Dia Semanis Honey. 

Kongsi Nana yang popular dengan lagu Hatiku Milikmu, ketika berada di set pengambaran, cuaca juga memainkan peranan dalam menduganya yang berhijab.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Apabila kamu sudah dilupakan, Maka belajarlah untuk melupakan 😉 #salamIsyak

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

“Bila sh00ting tengah panas, saya kena pakai baju berlapis.  Tapi itulah ibadah kita, pakai tudung masa keluar rumah.

“Pakai tudung tutup aurat wajib, bagi saya tak ada pilihan untuk buka tudung bila dah popular ke apa,” tegas juara Gegar Vaganza musim ke-2 itu. 

“Iman kita ni turun naik, jadi kita kena suburkannya sekurang-kurangnya dengar ceramah  di Youtube selama satu jam setiap hari. Kita dahulukan Allah sebelum dahulukan org lain,” akhiri Nana. 

Video : Youtube Official Ria X

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*