“Tak Moden Tak Klasik” – Bakal Timang Baby Boy, Kaka Azraff Dah Pilih Nama Anak

Penyanyi Kaka Azraff mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki.

Menurut Kaka, dia berasa tidak sabar untuk bertemu dengan putera sulungnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#HMxGVF2019

A post shared by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on

“Alhamdulillah saya dan anak sihat… Secara jujurnya memang rasa agak gementar bila tarikh jangkaan bersalin dah hampir.

“Perasaan itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Memang gementar tapi lama-lama rasa itu dah bertukar menjadi teruja. Saya dan suami dah tak sabar nak jumpa baby.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ma QUEENS 💎 My marriage gave me more than a husband ; It gave me a second mom 😍 thank you for everything Mummy! @shinafie69 . Love you both! Mama & Mummy ❤️ #genderReveal

A post shared by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on

“Doa-doakanlah semoga segala urusan bersalin saya dipermudahkan,” katanya.

Kaka ditemui pada majlis pelancaran muzik video terbaru berjudul ‘Diamonds’ bertempat di Black Pearl Event, Shah Alam sebentar tadi.

Mengulas mengenai anak, Kaka mendedahkan sudah memilih nama untuk permata hatinya.

“Kalau ikutkan saya teringin anak perempuan tapi tak kisahlah, ini rezeki dan buah hati saya.

“Kami dah pilih nama untuk anak, tidak terlalu klasik dan tidak pula terlalu moden serta satu patah perkataan sahaja,” jelasnya.

Kaka dijangka bakal bersalin pada 9 Oktober depan.

Terdahulu, Kaka dan Adam Azriff mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 selepas majlis merisik diadakan pada 27 November tahun yang sama.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*