
Buat yang beragama Islam, solat 5 waktu sehari adalah satu perkara wajib yang dilakukan. Biar bagaimana keadaan sekali pun kecuali uzur ada caranya untuk menunaikan kewajipan tiang agama ini.
Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu rakaman seorang lelaki yang sedang solat. Rakaman yang dikongsikan oleh satu akaun Instagram, ilmfeed itu meraih 64,180 tontonan sejak dimuat naik lima hari lalu.
Apa yang menariknya, rakaman tersebut memaparkan seorang lelaki yang berkaki palsu kedua-duanya sedang solat dan sujud seperti manusia normal yang lain.
Video tersebut bagaimanapun bukanlah berlaku di Malaysia, namun masih mampu menyentuh jiwa sesiapa sahaja yang menontonnya.
Rata-rata netizen yang menonton rakaman ini meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Kita ada banyak benda untuk bersyukur. Hanya solat 5 waktu. Tiada alasan lagi”
“Harapnya ini dapat motivasikan kita untuk solat dengan lebih sempurna”
“Respek saudara kita ini”
“Selama kita hidup tidak ada alasan bagi kita untuk menlnggalkan solat”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: ilmfeed via HCL
Leave a Reply