“Ba Rindu Anak…”- Sharnaaz Ahmad Menumpang Kasih Anak Orang Lain

Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa rindu kepada anaknya, Jebat Jayden.

Dia yang kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersama seorang anak kecil yang bernama Arryyan Petra akui terbayangkan Jebat ketika bersama pelakon cilik itu.

“I see Jebat in you sayang.. Ba (Sharnaaz) rindu sangat kat anak ba @jebatjayden…

“Thank you @arryyanpetra sebab sayang papa,” tulisnya.
 
Sharnaaz meluahkan perasaannya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Sharnaaz turut memuat naik foto ketika sedang memeluk anak kecil itu.

Entri tersebut mendapat perhatian wargamaya yang rata-rata turut bersimpati dengan Sharnaaz yang didakwa telah lama tidak berjumpa anaknya.

Malah mereka turut memberi kata-kata semangat agar Sharnaaz terus kuat hadapi dugaan itu.

“Ya Allah, sebaknya….

“Moga terus kuat.

“Sabar, ada hikmah di sebalik yang terjadi…Semoga dipermudahkan segala urusan,” antara komen-komen pengikutnya.

Pada 31 Ogos lalu, isteri Sharnaaz, Noor Nabila Mohd Noor mengesahkan sudah memfailkan percraian terhadap pelakon itu.

Kemudian pada 11 September lalu, Mhkamah Rendah Syariah memerintahkan pasangan itu perlu menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

KemeIut perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz pada 30 September baru-baru ini.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I see jebat in you sayang.. ba rindu sgt kat anak ba @jebatjayden .. thank you @arryyanpetra sebab syg papa.. @dramasangat #LelakimuYangDulu @tv3malaysia

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Love ❤️

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*