Padam Foto Bersama Suami Ke-4, Rumah Tangga Natasha Hudson Berakhir?- “Saya Bukan Dilahirkan Untuk Mendapatkan Sesuatu Yang Kekal”

Rumah tangga pelakon Natasha Hudson sekali lagi dilanda badai selepas pelakon itu memberi bayangan ia sudah berakhir.

Malah, Natasha juga dilihat turut sudah memadam semua fotonya bersama suami, Noor Nashriq Sekarnor di akaun Instagram miliknya.

Lebih menguatkan lagi dkwaan mengenai cerita rumah tangganya itu, Natasha menerusi Instagram (IG) Story berkongsi soalan dari kebanyakan peminat wanita yang bertanya mengenai bagaimana cara untuk menghadapi masalah suami cvrang.

“Saya dapat banyak pertanyaan sebegini. Jawapan saya, lari, keluar dari situasi itu dan tinggalkannya (kerana saya sudah melakukannya) dan saya sangat gembira sekarang.

“Jangan bazirkan masa dan tenaga untuk sesuatu yang tidak berbaloi buat masa anda.

“Senang sahaja. Teruskan hidup dan jangan dengar krltikan orang sebab mereka tidak tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Ini adalah kehidupan anda bukan mereka,” jawabnya.

 
Sementara itu, Natasha juga menerusi satu kemas kini di IG turut meluahkan perasaannya dengan memberitahu dia sering mendapat sesuatu yang tidak kekal.

“Saya percaya ini adalah masa yang tepat. Saya bukan dilahirkan untuk mendapat sesuatu yang kekal seperti yang saya mahu.

“Mungkin bukan sekarang. Saya bukan awak. Mungkin (ada) nanti dengan orang yang tepat atau di kehidupan yang lain.

“Saya tiada masa untuk bersedih. Saya hanya punya masa untuk berkongsi kegembiraan dengan orang-orang disekeliing saya.

 

“Sesiapa yang kenal saya, tahu bahawa saya seorang yang penuh dengan em0si, berhibur, sukakan cabaran dan sentiasa mahukan kebahagiaan.

“Saya hanya berdoa yang terbaik buat untuk saya dan untuk kamu semua,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Natasha sendiri belum memberikan kenyataan atau pengesahannya mengenai status rumah tangganya itu di mana-mana media.

Menerusi perkahwinan keempatnya, Natasha disatukan pada awal Disember 2018 dalam satu majlis tertutup tanpa pengetahuan media.

Majlis pernikahan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian itu hanya dihadiri keluarga rapat sahaja.

Oktober tahun lalu, Natasha mengakui telah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada April 2012.

Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Naeema Kalila dan Faatimah.

Sebelum itu Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 dan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I believe in his perfect timing. I was not born to be given something everlasting the way I wanted it. Maybe not now. I am not you. Maybe later with the right person,the right one or the right life in the hereafter. I have no room to be sad. I have more room to shine and spread happiness to everyone around me. Those who know me well know that I am a person with butterfly of emotions, carefree, a clown, adventurous, I speak my mind and I crave for happiness all the time. As always..I only pray for the best for me and for you…make sadness your friend to give way to growth & never to sorrow. We will all be tested so greatly, take it all wholeheartedly with being mindful and grateful never sad, it should never be in our dictionary of moving on to something great. ~NH

A post shared by Natasha Hudson | ناتاشا (@natashahudsonofficial) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*