“Saya Rasa Ini Adalah Masa Yang Terbaik Untuk Mempunyai Anak” – Izara Aishah

Pelakon Izara Aishah mendedahkan sudah bersedia untuk mempunyai cahaya mata bersama suami, Muhammad Adib Khalid.

Menurut IzaraF sebelum ini dia terlampau sibuk dengan kerjaya yang perlu diberi tumpuan sepenuhnya.

“Saya dan Adib sudah lama bersedia untuk mempunyai anak sendiri cuma masa tidak mengizinkan.

“Sebelum ini, saya sibuk dengan kerjaya, sekarang ini sudah tidak ada komitmen yang perlu ditumpukan. Jadi saya rasa ini adalah masa yang terbaik.

“Sekarang ini saya hanya ingin berehat dan memberi fokus kepada keluarga.

“Saya sendiri sudah bersedia untuk mempunyai cahaya mata pada bila-bila masa sahaja, Insya-Allah,” katanya kepada HLive.

Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017.

Mengimbas semula majlis pernikahan pasangan selebriti ini, segala-galanya dibuat mengikut impian Izara sendiri. Majlis pernikahan yang dihadiri lebih 500 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat handai itu telah diuruskan oleh Dato’ Rizalman. Majlis berlangsung di Mercu Mustapha Kamal yang terletak di Damansara.

Cara Adib Melayan Saya Sangat Istimewa

Walau ada pelbagai komen positif mahupun ngatif yang diberikan oleh netizen terhadap veil yang dipakai oleh Izara, namun artis berdrah kacukan Melayu dan Pakistan ini tetap gembira dengan majlis yang penuh bersejarah dalam hidupnya itu.

Begitu juga dengan majlis resepsi yang dilakukan pada sebelah pengantin lelaki di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur yang diuruskan oleh Nas Great Ideas. Izara amat gembira kerana kedua-dua majlis dengan penuh jayanya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*