“Sentiasa Terbaik Di Hati Saya” – Sweetnya Ucapan Afgan Buat Hari Lahir Rossa

Penyanyi popular Indonesia, Afgan menulis ucapan manis buat hari lahir teman rapatnya, Rossa.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.

“Selamat hari lahir kepada insan yang sentiasa ada bersama saya ketika susah senang, saya berjanji akan lakukan perkara yang sama buat awak.

“Awak sentiasa terbaik di hati saya,” tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan selamat hari lahir kepada pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta itu.

Malah, ramai juga yang terpegun melihat foto ‘sweet’ mereka berdua yang dikongsi di entri tersebut.

Pada masa yang sama, Rossa juga memuat naik semula (repost) beberapa ucapan dari kenalan dan peminatnya di ruangan IG Story.

Afgan dan Rossa sering dikaitkan dengan g0sip bercinta, namun mereka tidak pernah tampil memberi sebarang kenyataan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

happy birthday to the person who’s always stickin with me thru thick and thin. no matter what. promise you the same too. you always have my best interest at heart.

A post shared by Afgan (@afgansyah.reza) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*