Tak Bagi Isteri Keluar Bekerja, Abam ‘King Control’?

Pelawak yang juga anggota kumpulan Bocey, Abam, mengakui tidak membenarkan isterinya keluar bekerja dan mempunyai alasan kukuh berbuat demikian.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 34, menolak pendapat sesetengah orang bahawa, suami yang tidak membenarkan isteri keluar bekerja adalah ‘King Control’.

“Saya tidak setuju dengan pendapat tersebut kerana saya ada sebab tersendiri. Bukannya saya tak nak bagi isteri bekerja tetapi kalau boleh saya mahu dia memberikan fokus kepada anak kami.

“Biarlah dia melihat sendiri perkembangan anak kerana lebih dia sendiri akan membentuk peribadi dan sahsiah diri anak itu nanti.

“Banyak positifnya jika dia sentiasa bersama dengan anak, antaranya tidak terkejut melihat perkembangan anak di depan mata,” katanya.

Tambah Abam lagi, dia juga akan bekerja keras dan bersungguh-sungguh demi kebahagiaan anak dan isterinya.

“Saya akan lakukan apa sahaja untuk anak dan isteri saya. Saya sanggup berkorban apa sahaja demi mereka.

“Selagi saya mampu…saya akan menyara mereka, Insya-Allah,” katanya.

Dalam perkembangan lain Abam bersama kumpulan Bocey bakal berentap di pentas berapi Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 yang bakal bermula 1 November ini.

Selain Bocey, juara musim pertama Muzikal Lawak Superstar, kumpulan J-Born turut menyahut cabaran sertai gelanggang berapi MLM 2019.

Peserta lain yang bakal berentap dalam MLM 2019 ialah dua peserta solo dari Indonesia iaitu Rahmat dan Popon, Cali peserta berkumpulan dari Brunei serta peserta dari Malaysia iaitu Stone, Zero, Puteh, Jambus, Rare dan Rojak.

MLM 2019 akan bersiaran selama 11 minggu secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.

Program ini akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam.

Pengacara tersohor dan versatil tanah air, Datuk AC Mizal juga bakal menggalas tugas hos MLM 2019 buat kali kelapan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*