Bayi Ajaib Di Terengganu Selamat Dilahirkan Dari Embri0 Yang Dibekukan Selepas Enam Tahun

Jika ada yang sedang bersedih kerana masih tidak mempunyai zuriat, jangan bimbang kerana masih ada harapan setelah satu keajaiban berlaku di sebuah h0spital di pantai timur Malaysia.

Satu embri0 yang telah dibekukan selama enam tahun selamat lahir sebagai seorang bayi lelaki di H0spital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Menurut Bernama, hasil dari prosedur Frozen Embry0 Transfer (FET) telah melakar satu sejarah bagi pihak h0spital tersebut dalam usaha In Vitro Fertilisation (IVF).

Ibu kepada bayi ajaib tersebut Noor’adn Muhammad, 38, dan bapanya Mohd Yuhairi Haniff Yoon, 37, telah menimang cahaya mata pertama mereka seberat 3.34kg setelah 13 tahun tempoh perkahwinan.

Bermacam cara telah dilakukan malah pasangan ini pernah gagal sebanyak dua kali melalui proses IVF, dan mereka berhenti seketika untuk bersedia dari segi mentaI dan fizikal sebelum melalui rawatan pada seterusnya.

Setelah menyambung rawatan, Noor’adn mengambil cuti tanpa gaji, mengamalkan diet sihat dan mengelak berjalan dengan jarak yang jauh bagi memastikan kelancaran proses bersalin.

Paka Obstetrician and Gynaecologist h0spital tersebut, Dr Nasuha Yaacob memaklumkan bahawa bayi tersebut merupakan bayi yang ke-20 selamat dilahirkan oleh pihak h0spital tersebut.

“Pasangan ini sangat bertuah kerana mempunyai embri0 yang baik kualitinya walaupun dibekukan selama enam tahun, hal ini kerana 5 tahun merupakan had masa setelah embri0 dibekukan.”

Buat masa sekarang, terdapat empat h0spital kerajaan di Malaysia menawarkan khidmat rawatan IVF, termasuk HSNZ (east coast zone), Hospital Kuala Lumpur (central zone), Hospital Sultanah Bahiyah (northern zone) dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (Sabah&Sarawak).

Jadi jika anda sedang mencari tempat untuk melakukan rawatan IVF atau prosedur FET ,bolehlah menemui doktor pakar di h0spital yang telah dinyatakan di atas.

Kredit Gambar: Rojak Daily

Berita ini diambil daripada Rojak Daily dan ditulis oleh RD Minion. Ada banyak lagi cerita menarik yang anda boleh ikuti di Rojak Daily.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: RD via Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*