“Baiknya penduduk sana” – Netizen Lega Semua Kucing Di Pulau Okishima Terselamat Dari Tavfan Hagibis

Amvkan Tavfan Hagibis, atau lebih kedengaran s3ram — Typhoon No. 19, telah meng0rbankan sekurang-kurangnya 24 penduduk, selain mengakibatkan ratusan ribuan kediaman di seluruh Jepun terputus bekalan elektrik.

Ia disifatkan sebagai badaian ribut taufan terbvruk dalam tempoh 60 tahun, hinggakan Jabatan Meteorologi Jepun bersungguh-sungguh memberi am@ran awal kepada orang ramai sejak Rabu minggu lalu lagi.

Bayangkan betapa bersiap sedianya teknologi ramalan cuaca Jepun!

Apa pun, dalam pada kita risau dan khuatir dengan keadaan penduduk di sana ketika ini — ada lagi satu kumpulan makhluk hidup yang turut tidak terlepas daripada menjadi subjek kerisauan di satu sudut paling istimewa hati kita, iaitu meow-meow.

Kalau korang baca entry kami yang disiarkan semalam, orang ramai bimbang sekiranya tavfan tersebut akan melintasi Pulau Okishima — yang dihuni oleh mahkluk berbulu ini, sehingga ia diberi gelaran sebagai Pulau Kucing!

Tidak banyak manusia yang menghuni pulau itu, justeru tidak hairanlah mengapa warga pencinta kucing begitu bimbang akan keselamatan mereka sewaktu taufan membadai Jepun semalam.

Tapi, korang tak perlu risau lagi gais sebab ada seorang pengguna Twitter berkongsi maklumat bahawa semua haiwan tersebut sebenarnya sudah pun diselamatkan dan dibawa berpindah ke lokasi lebih selamat.

Sayu je tengok semua bulus dalam kotak tu kan? Alahai, lega hati diorang terselamat.

Arigato gozaimas kepada semua insan mulia yang telah menyelamatkan kucing-kucing ini, dan kami berdoa Jepun akan kembali pulih semula seperti sedia kala dalam masa terdekat ini serta bersimpati kepada mngsa-mngsa yang kehilangan ahli keluarga mereka dalam taufan tersebut.

Mae muki ni ne!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: LobakMerah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*